Sunday, February 1, 2009

Ada tiada kerja.

Semalam aku beli Berita Harian gara-gara semangat tengok gambar dan berita di muka hadapan akhbar itu. Padan muka kau Peres. Terkejut kena marah dengan Erdogan di hadapan khalayak ramai. Tapi lagi-lagi padan muka aku bila terkejut beruk tengok tajuk ini '1Juta bakal hilang pekerjaan.' Lagi, yang aku tak lah terkejut sangat - '50ribu terlibat Skim Cepat Kaya'. Pulak, 6000 kedai dan 2000 orang baru saja terkesan akibat penutupan Syarikat Intel di Pulau Pinang, Malaysia termasuk Filipina Rabu lalu.

Malaysia memang amat-amat merasai kegawatan ekonomi. Semalam kakak aku yang bekerja dengan Petronas cerita yang kawan-kawan dia yang baru lepas grad kat UTP tak dilayan oleh pihak Petronas sendiri. Ditinggalkan terkapai-kapai. Call tak diangkat, yang dah di interview tidak dapat apa-apa respon lagi. Freeze. Itu mungkin tindakan yang mereka ambil gara-gara recession kali ini.

Chat dengan kakak aku semalam yang berada nun di Scotland. InsyaAllah akan grad Jun nnt. Aku cakap kat sini (Malaysia) dah susah nak cari kerja, kenapa tak kerja kat sana je? Dia kata susah. Persaingan sangat-sangat tinggi. Tambah-tambah kita foreigners. Cita-cita aku kononnya nak bekerja di perantauan nampaknya semakin tipis:(

Jumpa pulak Cikgu Azmi hari tu.

"Cikgu, saya ambil course Nanotechnology tau."

"Oh ye? Tapi ada ke kerja? Tak silap saya, kat Malaysia ni takde lagi pekerjaan nanotechnologist."


Waaaaaaaaaaaaaaaaaa:((

Tapi tapi, kita jangan lupa ini:
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata." ( Hud : 6 )
Rajin-rajinlah kita berdoa. Usaha itu mesti diiringi/disertakan dengan doa. Sesungguhnya Allah itu kan Maha Pemberi Rezeki, Maha Kaya. Dan Maha Sweet sangat di mana Dia hanya akan dan telah mesti memberi yang terbaik pada hamba-hambaNya. Kannn?
"Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Fatir : 2)
Mahu lebih? Sini ya.

4 comments:

Amirah Zayanah said...

ohh! kalo ada rezeki, tak pandai pon boleh dapat kerja kan wak? heee~ takpe, takpe. yang penting kita kena belajar dulu kaay :)

Nadly said...

alah.chem n nanotech ni vast n flexible..keje memane pun bley asal ko nak jer.tp yg penting...kite xde choice lh..mesti nk kne jadik yg t'baik.

Anonymous said...

fairuz~!
hehe.

kite..
kite..
erm, xjadilah nk ckp.~!

go go fairuz~!
hehe.

kite suke gile lagu kat blog awak.
nasibbaik kite xgile tau. haha

kite suke sangat2 lagu raihan!
lagu yg 'sesungguhnya' tu.
kite dgr balik drp blog awak ni, kite nangis. huk~

byk nye lah kite nangis. :(

myatiqah said...

assalamualaikum..saya tidak mengenali dri kamu, tapi saya terbaca ini di blog kamu..
so, cammane life d sana?
oh ya, saya pelajar universiti malaysia perlis (unimap) a.k.a kukum.
d cni ade institut nanotechnology dan kami ada lab cleanroom utk students microelectronic.
mungkin tidak secanggih di tempat kamu, tapi tercanggih di asia tenggara utk kategori penggunaan universiti:)

dan juga, final year project saya adelah forming the nanostructures itself. Supervisor saya telah mncipta sejarah dgn mencipta 20nm structur. Kamu boleh google name die, Muhammad Nuzaihan Md Nor on 'Nanostructure Formation Using Size-Reduction Lithography for Nano Biosensor Application', atau 'Nanowires Formation Using SEM based Electron Beam Lithography Techniques.'

Nano telah wujud di negara ini, sahabatku, mungkin cuma applikasi nano itu dlm industry negara kita masih kurang. Mungkin ia memerlukan insan spt kamu nanti. Insyaallah.. :)