Monday, February 23, 2009

Masalah pertama saya disini.

Mula nya begini.

Aku ke Nationanl NZ Bank. Mahu bukak account dan langsaikan accomodation fees, buku dan segala. Aku rasa dah tak larat sangat pegang 11keping Traveller's Cheques itu. Lalu beratur dan bertanya itu ini. Menyusun appoinment dan datang pada waktunya. Setelah selesai urusan membuat buku akaun, mahu pula masukkan segala nilai dalam TC itu ke dalam bank tetapi..

" SIGN ATAS TC TAK SAMA DENGAN SIGN DALAM PASSPORT!!"

Berkejar-kejar ke International Student Support. Disuruh ke National Bank yang lebih besar dan punya manager yang mungkin akan bertanggungjawab atas kes aku ini. Jadi, bergegas ke sana bersama Ain dan Nadly yang baik hati. Sampai saja di depan pintu jam menunjukkan pukul 4.45pm. Lambat 15min. Bank tutup. Try lagi esok, insyaAllah.

Ya. Jangan lupa, bagitau Kak Norulhuda, akak Mara.

Doakan aku untuk esok ya. Banyak lagi yang perlu dilangsaikan dengan wang itu. Moga-moga Allah menunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu kan?

Pengajaran: Jangan suka-suka hati tukar sign!

3 comments:

dllhsn said...

fai, lain sgt ke signature tu?
insyaAllah semua akan okay..dugaan pertama.=)

:: abdussolehin :: said...

insyaALLAH..everythin' we'll be fine.dugaan uji kesabaran,menambah pengalaman,mematangkan fikiran ;)

Anonymous said...

wah!berdampingan ngan nadly nampaknya!heheheehehe

semoga awak terus bahagia n dipermudahkan urusan..aminn..

=)