Thursday, April 30, 2009

Hidup di sini.

Kau fikir belajar di oversea itu seronok. Lalu, kau excited waktu pertama-tama kali mahu ke sini. Kau rasa kat sana nanti kau akan ada ramai kawan. Jadual mingguan dan bulanan pasti akan dipenuhi dengan macam-macam aktiviti yang menarik. Tapi,

Kini kau sedar, kau sebenarnya tiada tempat untuk berkongsi rasa. Sedih atau gembira, tetap akan menjadi sedih. Tiada siapa yang akan kesah sama ada kau sihat atau kau dah menjamah atau belum hari itu. Tiada.

Masa inilah, bergema suara hati:

La Tahzan, Innallaha Ma'ana.

Tolonglah hati, jangan berkecil selalu. Masa gembira mu akan tiba. Atau kau yang tak bersyukur dan tak cukup bersabar? 

Sunday, April 12, 2009

Poligami.

Semalam ada majlis ilmu di surau di Massey Uni. Ada brother dari Auckland datang bagi tazkirah. Sangat seronok kerana pertama kali dapat dengar tazkirah dari dalam surau. Majlis ilmu itukan umpama salah satu taman di syurga maka yang mudah terpaut dengan majlis ilmu, mudahlah terpaut pada taman di syurga:)

Apa yang aku nak tekankan kat sini, satu analogi yang brother tu sampaikan that is:

"Akhirat dan Dunia ini ibarat isteri pertama dan isteri kedua."

Ha? Kenapa?

"Kerana jika kita lebihkan yang satu lagi, satu yang lain akan cemburu. Begitu jugak sebaliknya. So, we have to be fair to both of akhirat and dunia."

Analogi yang sangat menarik dan mudah untuk diingati especially kepada kaum Adam dan juga aku yang sangat setuju, 100%!

Anyway, kat bawah ni gambar students aku. 4 orang je yang lain menyibuk sebab excited cikgu nak ambil gambar;)

Yang 4 di depan tu je students aku.

Yang dua orang senyum sampai telinga tu bukan ;P

"Why you want to take pictures of us."

"Because I want to remember every one of you, forever."

"Ohhh..You are soooo nice."

Ah, budak-budak memang over. Semuanya nice. Tapi bila melawan cakap, tak ingat dunia. Haha :))

Tuesday, April 7, 2009

KMS dan titration.

Aku masih ingat lagi betapa aku membenci titration. Meluat aku buat experiment titration tiap-tiap minggu di KMS dulu. Setiap minggu masa Lab Chem takde benda lain, asyik-asyik titration.

http://www.sciencebuddies.org/mentoring/project_ideas/Chem_img030.jpg

Tapi hari ini aku bersyukur, bersyukur yang teramat sangat kerana titration lah membuat aku tersenyum bangga di hadapan Lab Instructor, Adrian Jull (muka macam House M.D;) tadi. Aku buat semua sorang-sorang. Biasalah takde kawan lagi. Tapi seronok sebab takde orang kacau kerja aku:P

Seronok lab harini. Sangat seronok. Semua nya berjalan smoothly. Dan imbasan kenangan membuat eksperimen bersama kelas 7.4 datang menggamit hati yang kerinduan. Moga mereka semua berada di bawah lembayung rahmatNya, ameen Ya Allah, ameen..

Sungguh, Allah memudahkan banyak urusan. Alhamdulillah. Moga kita sentiasa bersabar dan bersyukur dengan ujian dan nikmatNya.

Allah, sejauh mana cintaku padaMu takkan setanding cintaMu padaku. Alhamdulillah and Thanks ya Allah atas nikmat kegembiraan pada hari ini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah !

P/s: Rasa macam nak jadi chemist la pulak :D

Saturday, April 4, 2009

Aku kalah.

Aku kalah lawan perasaan lagi. Mereka terlalu dekat pada hati aku, terlalu. Aku ingat aku kuat. Aku ingat rindu itu boleh dikawal. Aku ingat rindu itu datang sekali-sekala. Tapi bila hati terlalu dekat pada wajah-wajah mereka, rindu itu seperti tidak akan pernah padam. Serius, aku rindu. Pagi tadi ayah hantar gambar-gambar ayah di Edinburgh kat aku dah aku kalah lagi. Aku benci bila kalah pada perasaan yang lemah. Aku mahu kuat. Bila rindu pada mereka, aku sedar yang sayang aku pada mereka, bukan sekadar on the surface tapi di bawah dasar yang betul-betul dasar, itu yang positif. Aku tak mahu balik summer. Rindu, jangan lah sampai kau membawa aku pulang summer nanti please! Aku rindu sangat-sangat tapi aku tak down. Aku harus kuat demi Allah, Islam, ayah dan mak.

"Oh Tuhanku, kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintaMu, aku lemah, aku jahil
tanpa pimpinan dariMu." Tuhanku- Raihan.


Aku rindu segalanya tentang mereka berdua. Fairuz, kuat, kuat.

Ayah kat Edin. Comel sangat ayah!



Ayah, mak, miss you two soooooooo much! Fillah, insyaAllah :)