Sunday, November 30, 2008

Morning, Malaysia.

Alhamdulillah.. Pagi ni aku berjaya melawan kantuk yang kerap menguasai kualiti waktu selepas Subuhku. Indah pagi ini. Cerah dan dipenuhi udara yang nyaman, segar. Aku suka pagi. Tapi ramai yang suka malam. Biarlah. Alina selalu kata, biarlah jadi yang minoriti dari majoriti. Indah. Betul-betul indah. Kata-kata Alina yang aku telan,hadam dan pagi ini. Indah sungguh! Walaupun aku tinggal di tengah-tengah KL ni, Allah masih tunjukkan aku keindahan alam ciptaan-Nya. Dan rugilah kita kalau tergolong di kalangan orang-orang yang melihat, mendengar, merasa sesuatu tanpa memikirkan keagungan-Nya, kekuatan-Nya. Subhanallah!

Jumaat lepas, aku berscoot dengan ayah. Menguruskan hal internet dan bank draft SGD 230 yang perlu dibuat untuk INZ Singapore. Ya, bakal pelajar NZ perlu mohon visa ke Singapura sana. Perlu courier passport, medical check-up reports ke sana. Itu yang leceh. Tapi tak apa, leceh sedikit untuk pulangan yang besar, insyaAllah. Kami meronda di Bintang Walk untuk ke Jalan Raja Chulan. Malaysia memang cantik. Sungguh bertuah aku rasakan berada di Malaysia, dilahirkan di dini. Sayangku pada Malaysia sampai rasa tak sanggup meninggalkannya. Betul. Selepas aku ke BTN, aku sayang kepada negara ini. Kalau tengok jalan-jalan raya di Kuala Lumpur, masih dihujani pokok-pokok yang rendang, skycrappers pon nampak gah dan bermacam-macam senibina yang sangat-sangat pada aku, cantik. Bukan je di Kuala Lumpur, di kampung-kampung pun jalan-jalan semakin cantik. Dikelilingi tanaman-tanaman menghijau. Cantik. Dengan cuaca yang stabil dan kedudukan yang strategik, Malaysia memang almost a perfect country! Okay, okay, kita tolak hal-hal politik yang mengocak negara, kita akan dapati Malaysia memang cunnn habis!

Terima kasih terima kasih landscapers, terima kasih tukang sapu sampah, terima kasih pelukis-pelukis grafitti jalanan, terima kasih pembina bangunan, terima kasih semua yang menjadikan Malaysiaku indah!! Alhamdulillah ya Rabb yang menyelimuti kami dengan nikmat yang tidak terhingga, Thanks A Lot!!

Mari sama-sama bersyukur dah jerit kuat-kuat, Alhamdulillah, aku sayang Malaysia!!

Monday, November 17, 2008

lu pikir sendiri lah beb!

Semalam aku attend satu program ISMA. Usrah merangkap ceramah dan seterusnya qiam. Special thanks to Kak Ima yang tak pernah berputus asa mengajak aku ke program-program yang mendekatkan diri pada-Nya. Masa Utaz Abd. Mutholib bagi ceramah, dia sebut satu quote yang membuatkan aku berfikir paanjang, yang dia juga mengquotekan quote ini dari seseorang yang dia lupa. The quote is:
"Kalaulah didepan aku berhimpunnya 10 orang pemuda dan aku panggil untuk berperang fi SabililLah, akan datang 100 orang untuk menyertai tetapi kalau berhimpunnya 10 orang pemuda didepan aku dan aku panggil untuk berdakwah, nescaya tak akan ada seorang pun yang berani tampil ke hadapan."
Kak Aliyyah pernah tulis dalam blog dia; seingat aku begini: Jalan dakwah ini tak memerlukan aku, tapi aku yang memerlukan jalan ini.


'Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.' Ali-Imran,3:20.

Erm.. Kau rasa macam mana?

Saturday, November 15, 2008

Hambar!

A: Hari aku hambar gila hari ni.

B: A'ah. Bosan gila. Semua episod cerita tu aku dah tengok.

A: So, apa plan kau harini?

B: Entah. Dok melangut je la. Kau?

A: Aku pon dok melangut je la kott. Berangan ke..

B: Good idea!


Hambar. Kenapa kita merasa hambar? Kenapa kita merasa bosan? Sedangkan banyak benda, banyak perkara yang kita boleh buat. Betul! Tanggungjawab, dah pikul semuanya?
  • Kepada Allah Taala. Dia tak rugi pun kalau kau tak doa, tak solat, tak puasa. Dia cukup tanpa kau. Tapi, kau cukup ke tanpa Dia? Come on lah. Dia dah bagi guide pada kita semua. Al-Quran. Baca lah walaupun 1 ayat seminggu. Bukan susah sangat dari stalk blog orang tak berhenti, apa yang ada kat Facebook atau YM 24/7?
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. 2:45.
  • Kepada Rasulullah S.A.W. Selawat kepada baginda. Kedekut sangat ke nak rembeskan beberapa titis air liur kau untuk berselawat kepada baginda, sahabat-sahabat dan kaum kerabat nya? Daripada kau cakap dengan kawan-kawan kau benda yang tak berfaedah. Kononnya semua nak updated. Tak nak ketinggalan gosip-gosip hangat. Padahal buku sirah nabi tu pun kau merangkak-rangkak nak habiskan. Majalah-majalah artis Barat bukan main lepas kau, aku, lepas aku, kau. Tunggu giliran sampai ke tangan.
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. 33:56.
  • Kepada ibu-bapa. Ayah pergi kerja, Mak duduk rumah. Mak kau angkat kain, sidai kain, masak dan 1001 kerja rumah lagi ada kau tolong? Kau seronok duduk depan laptop berjam-jam lamanya atau pegang remote Astro, cari channel yang best-best. Ataupun kalau Mak kau kerja, ada kau masak untuk mereka yang akan pulang keletihan?
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu. 13:23.
  • Kepada jiran tetangga kau. Dah-dahlah jadi individualistik! Ambil tahu hal mereka. Setidak-tidaknya bertegur sapa atau lebih baik ziarah-menziarahi mereka. Kau tak habis-habis dengan kerja. Pergi pagi, balik malam. Sabtu dan Ahad konon-kononnya hari untuk kau berehat. Tapi jiran tetangga kau sakit, mati kau tak ambil peduli asalkan tak kacau periuk nasi kau.
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. 4:36.
  • Kepada saudara-saudara se-Islam kau. Memanglah kau tak kan dapat pergi berperang bersama mereka di Palestin sana mahupun di Selatan Thailand, tapi cukuplah doa kau panjatkan untuk mereka. Ada kau buat? Atau pun kau terus lipat sejadah selepas bagi salam masa solat?

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina. 40:60.
  • Kepada kau sendiri. Kau kata Melayu tak maju, macam ni lah bangsa Melayu. Padahal kau turut menyumbangkan kemerosatan kepada bangsa kau. Kau bergaduh dengan bangsa lain. Menjerit sana-sini entah apa-apa. Kau kejar ilmu-ilmu akademik yang kau rasa akan menaikkan pangkat kau, melambakkan lagi duit kau. Ilmu-ilmu agama, soal dosa-pahala kau tolak tepi. Aku tanya kau sendiri, apa kau nak jadi? Berangan tak habis-habis.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. 30:22.

Hasil nukilan aku ketika tengah confiuse, tercari-cari dan Allah temukan aku jawapannya. Thank you Allah! Alhamdulillah. Tanggungjawab-tanggungjawabku, bersedialah untuk ditanggung!

P/s: Sorry, kali ini aku agak emotional. Rasa menyampah dengan diri sendiri. Rasa bodoh dan tak berguna:(

Friday, November 14, 2008

Kalau harganya rm50, kau beli tak?

Bismillah..

Aku baru nak start baca buku ini. Sirah Nabawiyyah karangan Ibhu Makhtum. Penulis, penyusun- Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri menang Johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah! Aku rasa dialah penulis yang paling hebat. Berjaya memenagi pertandingan dalam menulis sebuah buku tentang Nabi sekalian umat- Rasulullah S.A.W. Bermuka surat sebanyak 733. Melihat kepada angka itu aku termenung dan berfikir bahawa aku sememangnya akan merangkak untuk sampai ke muka terakhir.


Tapi tak mengapa, untuk mu ya Rasulullah:)

Aku masih ingat waktu mula-mula aku jumpa buku ini di Pameran Buku Antarangbangsa di PWTC tahun ini di sebuah gerai yang agak kecil. Tidak ramai pengunjung di situ. Yelah. Kedai buku-buku agama, siapa yang nak datang kan. Aku sudah banyak kali berpusing-pusing di tempat yang sama. Alhamdulillah, Allah berhentikan langkahku di penjuru kedai itu. 50% diskaun! Mataku tidak menipu. Benar. Buku ini ada diskaun 50%! Dari rm50 kepada rm25! Tanpa berlengah, aku ambil cepat-cepat. Banyangkan buku setebal 700 lebih muka surat beharga rm25 dan mempunyai hardcover. Aku meraba-raba sekeping kertas dalam beg aku.
Karaktor Si Jahat dan Si Baik mula bermain-main di kiri-kanan ku;

Si Jahat: "Ahh.. Banyak lagi yang ingin dibeli dalam list ni. Macam mana kalau duit tak cukup?"

Si Baik: "Tapi inikan buku Sirah Nabi yang paling lengkap, takkan kau
tanak beli?"

Si Jahat: "Ala.. Beli lain kali pun boleh.. Bukan penting sangat pun kalau nak dibandingkan
list buku-buku yang kau nak beli tu"

Si Baik: "Penting
jugak lah! Mana boleh tak penting. Inikan buku tentang ketua kita, manusia agung."

Si Jahat: "Kau kan dah
planned semua. Nanti kalau dah betul-betul cukup duit kau beli la bila jumpa lagi."

Si Baik: "Tapi ini harganya rm25. Mana nak jumpa kat tempat lain."



Si Baik dalam hati menang pada hari itu. Alhamdulillah. Betapa Allah SWT sayangkan aku, gerakkan hatiku untuk membeli buku ini. Walaupun dialog terakhir itu berbunyi agak kejam dan selfish. Tapi aku bangga juga. Berlawan dengan nafsu dan syaitan, akhirnya iman gembira beroleh kemenangan. Alhamdulillah, ya Rabb.

Pernahkan anda melalui saat yang sama? Novel-novel cinta Inggeris yang indah-indah, majalah-majalah artis yang banyak gambar wow, serta komik-komik yang kelakar memang tak dapat dinafikan menarik hati. Tapi bahagian hati yang mana? Nafsu atau Iman?


'.. Wahai manusia! Sesungguhnya kezalimanmu bahayanya akan menimpa dirimu sendiri; itu hanya kenikmatan hidup duniawi, selanjutnya kepada Kamilah kembalimu, kelak akan Kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.' Surah Yunus: 23.

Sampai sekarang aku masih ragu, kalau buku ini rm50, aku akan beli tak?? Tiada jawapan untuk persoalan itu. Macam mana kalau karaktor Si Jahat menang dengan dialognya yang terakhir? Aku mungkin tak kan jumpa buku itu lagi dan kalau jumpa pun, aku akan belikah?


'Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda-gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak-keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.' Al-Hadid: 20.

Iman, iman.. Tolonglah menang setiap masa ya.. Please..

Thursday, November 13, 2008

Hantu. Kau takutkan (atau) kau takutkah?

Aku masih ingat lagi dialog-dialog yang selalu membuatkan aku tertunduk malu.

Family, esp Arah: Eyush, kalau cerita hantu dia lari masuk bilik dulu.

Midah: Ah Fai, kau takutkan, meh kita teman gi toilet.

Mus, Ija: Fai..
Tak payahla kau tengok cerita ni. Sure kau takut punya.

Asmak and the geng: Malam ni tak payah la tengok cerita tu, nanti Fai tanak join.


Aku penakutkan? Aku penakutkah?


Tapi kenapa aku rasa, aku tidak pernah mengejutkan roomates aku sepanjang 7tahun aku tinggal di asrama untuk menemani aku ke toilet pagi-pagi buta? Dan aku rasa, aku lah yang dikejutkan kawan-kawan aku ke tempat yang disogokkan seram itu sebelum subuh menjelang. Ya. Aku yang menemani mereka. Aku tidak perlu takut kepada mereka kerana..

'Tidak ada keberatan apa pun bagi Nabi tentang apa yang ditetapkan Allah baginya .... Mereka takut kepada Allah, mereka takut kepada-Nya dan tidak merasa takut kepada sesiapapun selain Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan'
Al-Ahzab: 39.

Semasa di KMS, aku ada tampal satu kertas di depan meja study aku.



Banyak ayat-ayat Quran dan quotes di atas kertas itu. Dan ada 1 boleh mengelakkan aku rasa takut:

'Sesungguhnya mereka hanyalah syaitan yang menakut-nakuti kamu dengan teman-teman setia mereka kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu orang yang beriman'
Ali-Imran: 176.


Pada saat aku menampalkan ayat itu di dinding bilik KMS aku itu, mulai saat itulah ayat itu menjadi penguat ketika aku berseorangan ke mana-mana esp waktu malam. Siapa tanak jadi orang beriman kan? Siapa yang perlu takut kepada yang lain hanya kerana tidak mahu jadi orang mukmin kan?

Aku memang benci producers yang boleh keluarkan cerita-cerita hantu yang boleh merosakkan aqidah Muslims tanpa kita sedari. Susuk, Seram, Seekers, dan yang tebaru Nyang Rapik entah apa entah. Bukan aku penakut untuk tidak menonton tapi aku takut benda-benda itu membuatkan aqidah aku terpesong. Aku takut dengan menonton cerita-cerita itu akan takut kepada yang lain lebih dariNya. Aku masih tidak berani kerana iman aku hanya senipis kulit bawang atau mungkin lebih nipis lagi.

Fairuz, it's the right time to wake up, wake up!!

Azam baru: Menjauh dari blogs yang entah apa-apa. Dan juga merapatkan lagi diri dengan blogs yang membawa seribu lapan puluh faedah.
Azam baru lagi: Mendekat dengan Dia dan menetapkan fikiran mempostkan blogs yang bila orang lain membaca membuatkan mereka rasa seperti apa yang aku rasa bila membaca kawan-kawan aku iaitu:
  • Kak Aliyyah
  • Aizat Sabahan
  • Mimi Napis
  • Natasha Ismail
  • etc,etc..
Thanks guys!


Ya! Aku akan berubah. Fairuz, berubah lah! Perubahan yang membuatkan kamu lebih tenang! Kerana, dengan mengingati-Nya hatimu kan lebih tenang:)

Thursday, November 6, 2008

Terengganu re-revisited.

Aku ke Terengganu lagi. Kali ini banyak gila perubahan. Mungkin hasil dari pertukaran Menteri Besar. Atau mungkin hasil dari perlantikan Sultan Mizan sebagai YDPA Malaysia. Ahhh.. Apa-apa pun kemungkinan yang bermain di kepala otak ini aku ketepikan. Asalkan rakyat menerima segala kemudahan, itu sudah dikira baik bangat.

Menziarahi mereka yang banyak sangat menyumbang kepada kejayaan ku di Kuala Berang, mereka yang banyak membantu pengangkutan ku ke airport ketika aku masih blur di Rusila, Marang; menziarahi Paklong sekeluarga yang entah macam mana tercampak di negeri ini di daerah Chendering, menziarah lagi kawan ayahku sekeluarga di Bukit Payong, lagi menziarah famili kawanku di Bukit Bayas.

10 hari yang sungguh menggembirakan. Tapi ada juga hari-hari yang membosankan yang membuat tekad aku mengambil lesen kembali bernyala. Ahh.. Memang susah takde lesen memandu! Kereta sudah ada, tapi orang yang ada tak reti memandu. Jadi, memerap sajalah di dalam rumah itu. Bosan. Walaupun tidur dan bangun dan tidur semula dan bangun lagi pon tidak habis-habis hari lagi. Memangla betul apa yang diquotekan orang- There's no better place than Home! Rasa nak balik. Yelah, hanya menggunakan hampir 5hari dari 10hari untuk berjalan-jalan di Terengganu. Merasa kami dua beradik membuang masa begitu saja. Sepatutnya kalau ikhlaskan hati ingin menziarah lebih daripada berjalan merata, tidaklah rasa bosan itu menyinggah di hati kan??

Erm.. Susahnya nak terapkan rasa ikhlas! Ke aku sorang merasa susah untuk ikhlas itu. Cerita Kiamat Sudah Dekat tiba-tiba menjengah fikiran. Ilmu IKHLAS dijadikan tema. Mamang patut. Memang patut kerana rupa-rupanya manusia susah nak menguasai ilmu ikhlas itu!

Hah! Here are some pictures telling you guys what I did when I was in Terengganu. Err.. Should I say, Enjoy! Haha.



Bukit Bayas. Tok yang akan ku rindu.



Sepupu-sepipit di Chendering.







Rusila, Marang. Lot of sweet memories, I can't tell.