Saturday, August 1, 2009

Wah wah.

Wah wah.. Semua orang masih tersenyum kerana kedatangan pertolongan berbentuk kewangan dari Malaysia. Aku juga termasuk dalam golongan yang tersenyum lebar dua tiga hari lepas. Alhamdulillah banyak yang dapat disettlekan dengan wang scholar yang Mara hulurkan.

Tapi kawan-kawan, beringatlah, sungguh yang duit itu salah satu penggongcang aqidah kita. Jangan kita jadi hamba kepada duit padahal duit itu ibarat air sungai yang mengalir deras sangat. Jangan sampai dalam solat kita fikir apa yang perlu aku buat dengan duit, bayar, beli itu,ini sedangkan kita berhadapan dengan Dia, Maha Pemberi Segala Rezeki.

Kak Wani kata tadi, jangan kita ambil neraca yang lain selain satu-satunya neraca Allah iaitu Neraca Taqwa.

[15]Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
[16](Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
[17]Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18]Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
[19]Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
[20]Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
[21]Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? Az-Zariyat;51.

Dalam ayat ni Allah berfirman, pada harta kita, kita bahagikan part untuk orang miskin. Jadi mari kita muhasabah diri kita, dalam harta kita, dalam duit Mara,JPA,MOE,dll yang kita dapat bulan-bulan (InsyaAllah) ada tak kita bahagikan sedikit part untuk bersedekah dan berinfak lalu kita dapat masuk dalam golongan yang bertaqwa, lalu dapat masuk syurga. Seronoknya!

Jangan pula kita jadi yang begini:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." Al-Munafiqun;63:10.

Na'uzubillahi min zaliq..

Kesimpulannya, Allah memberi kita ujian kebaikkan yakni harta yang kita peroleh jangan pula menambahkan lagi rasa kikir dalam diri kita;

(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. Muhammad;47:38.

Dan jangan pula kita boros;

[26]Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.[27]Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. Al-Israa';17.

Betapa Allah dah bagi guide kat kita macam mana nak uruskan duit dengan lebih baik. Macam mana nak dapat lebih di akhirat walaupun ada sedikit kekurangan di dunia yang mana, dalam diam-diam, dalam sedar tak sedar, Allah bagi rezeki dari arah dan bentuk yang tak disangka-sangka. InsyaAllah.

Moga kita jadi lebih baik, soleh dan solehah yeah!

P/S: Cuti Spring dah nak dekat. Ciri Muslim yang sejati -Munyusun perancangannya dengan teratur. Mari plan agenda penuhi cuti Spring!