Wednesday, January 28, 2009

Most wanted.

Aku rasa kagum sangat-sangat dengan orang yang buat website ni. Walaupun mungkin unaffected sangatlah untuk dunia tapi itu lah yang kita patut buat. Jihad patut diteruskan. Jangan hanya mengikut musim. Bila Palestin kena bedal, baru kita nak bersuara, baru kita terhegeh-hegeh nak boikot. This must be a continuous effort.

Dan, aku sangat berbangga dengan Malaysia yang mana bila pemimpin negara-negara Arab baru nak bersidang, kita dah beberapa langkah ke hadapan. Sekarang pun masih banyak ceramah-ceramah kat media massa yang nak bagi kesedaran kat kita semua, yang nak ajak kita beristiqamah untuk boikot produk-produk Israel Laknatullah dan sekutunya itu. Sebab, ada lagi yang tak sedar-sedar. Beberapa hari kebelakangan ni, masa jalan-jalan kat KL Central, aku intai-intai gak McD, sedih gila bila ada je Muslims yang makan kat situ. Ish. Kalau mengidam pun, trylah untuk mengidam benda lain. Boleh je kan?

Sekarang kalau korang singgah LRT Masjid Jamek, KLCC dan KL Central, ada orang yang akan pegang tabung derma untuk bantu Muslims di seluruh dunia (Sudan, Gaza, Iraq, etc, etc). Organisasi tu nama Islamic Relief. Jadi, sama-samalah kita menderma serba sedikit. Percaya kan pepatah: Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Celcom Blue jugak ada bagi aku 1 hadis (dapat setiap hari, Alhamdulillah:) yang berbunyi:
"Berinfaqlah iaitu berbelanjalah atau bersedekahlah dan jangan mengukit-ungkitnya kerana Allah akan menghitung nikmatnya ke atas kamu." - Muslim.
By the way, comel je Rosmah (TPM's wife) ajak kita sama-sama menderma kat tv. Kan bagus macam tu Datin Sri. I'm proud of you:D

Teruskan jihad ya kawan-kawan. Jangan ada genjatan boikot pulak;P

5 comments:

Nadly said...

boikot perlu berterusan,tp pd mse yg sme jgak kte kne cari alternatif utk kperluan kita.

JHaZ KiTaRo said...

setuju benar.. anyway, salam dari bumi Dublin, Ireland.. tumpang lalu.. :)

joereza said...

ye,derma merupakan satu pelaburan. aku sangat berpegang dengan frasa ini. ganjaran di akhirat dan dunia.

Amirah Zayanah said...

website tu dalam arabic?

Fairuz Sallehuddin said...

tak lah mirah. bhs Hebrew tak silap.