Thursday, January 8, 2009

Aku nak sangat ke sana.

Assalammualaikum w.b.t.

Semalam malam, ketika aku sibuk melompat-lompat dari satu blog ke satu blog, mencari-cari info tentang saudaraku di Palestin sana kerana kekurangan berita yang Bernama TV, Berita Harian Online salurkan, aku jumpa ini:

PENGUMUMAN PENTING
Aman Palestin akan mengadakan rally RISE FOR GAZA
di stadium Melawati Shah ALam 10 JAN (sabtu) jam 10-12tghari
dengan mendapat liputan TV Al Jazeera
SILA HADIR membawa P'card, BANNER atau KAIN RENTANG
dalam bahasa Inggeris atau Melayu
AJAK TEMAN2 dan tolong sebarkan dgn sms. Jadikan ini JIHAD KITA>
PERSEMBAHAN KHAS menyelangi pemidato2:
MUADZ (Amrullah & Stand Up)
Kump DAie (LAGU JIHAD - bimbingan Muadz)
mungkin -algebra & grup nasyid pelajar palestin.


Aku nak pergi!! Sangat-sangat nak pergi!

Tapi..

Kem Semai Mesra menanti. Nama sudah pun aku daftarkan. Janji dengan kawan-kawan takkan aku mungkiri. Itu sikap orang munafik. Lagi pula, ayah kata " Set your priorities right." Macam mana ni? Tak mengapa, Palestin. Aku akan tetap menyokongmu dari jauh. Kerana sayangku padamu, Lillahi Ta'ala. Sungguh!

Buat kawan-kawan aku yang masih ada kelapangan Sabtu ini, luangkan lah sedikit masa. Tunjukkan kebencian kita rakyat Malaysia terutamanya Muslims kepada Yahudi Laknatullah yang menginjak-injak Muslim di sana. Yang memijak-mijak wanita dan anak-anak Islam sesuka hati mereka. Mungkin pahala akan dikira bila kita ke sana daripada kita melepak di shopping complex atau dibuai mimpi atas tilam empuk sendiri.

Sedarlah yang saudara se-akidah kita di sana memerlukan kita.

Sudah tiba masanya untuk kita berubah. Tinggalkan yang leka kerana mungkin ini tanda Kiamat hampir sangat tiba masanya.

4 comments:

pharie said...

kat Titiwangsa pon ade event for Palestine.plys view to my blog or visit:

http://untukmupalestine.blogspot.com

=)

Anonymous said...

oh..fai,thanx 4 da info.harap-harap ada kesempatan.sempatla pegi pas kelas kokurikulum..

MAWAR BERDURI said...

huhu kak Fairuz... Ari tu nak pegi jugak kat sana.. Kami disediakn bas u ke sana... tapi... pg tu klj ade gotong ryong, ustaz x kasi kuar... huhu...

HbO said...

(sori, tiada kaitan dengan topic). Fairuz, ingat lagi tak? From PSM. hehe..