Monday, February 2, 2009

Thanksss!

Alhamdulillah ya Rabb.

Semalam aku tak sedap hati. Kerana Ahad satu lagi aku sepatutnya mendaftar tapi aku masih di sini. Masih sibuk menyiapkan kontrak, masih bengang kenapa tiba-tiba ada cuti Hari Wilayah di tengah-tengah kekabutan ini. Masih sakit hati kenapa tiada tarikh lagi, tiada tiket lagi. Na'uzubillah. Bukankah orang-orang yang bersabar akan diberi kesempurnaan oleh Allah?

Pemberi-pemberi info yang sangat-sangatlah setia: Nados dan Mimi. Bagitau tentang berita Mara takkan tarik balik proses pelajar tajaan mereka. Alhamdulillah.. Aku sangat lega. Sangat, sangat. Ye, Mara sangat baik, Mimi.

Lepas tu, aku dapat email ini dari pihak accomodation Massey Uni:

Hi Fairuz

This email is to let you know that you have been re-allocated to an all girls Muslim pod in Rotary court for 2009. Please reply to this email to confirm your acceptance of Rotary B1-3.

Thank you

Alhamdulillahhhhhh:D

Pagi tadi terima ini pula:


Hello Siti Fairuz
Your student ID card has been produced and is waiting for you to collect.
Please come and collect your Student ID card from the reception area in Level 2 of the Registry building. We are open from 8.00am – 5.00pm Monday – Friday.
We look forward to seeing you shortly
Kind regards
Campus Information Services (PN)
Massey University

___________________________________________________________________

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari(nikmat Allah)." (Ibrahim; 14:34)

Ya Allah, nikmat yang tak tersangka-sangka datang bertimpa-timpa. Alhamdulillah. Moga semuanya berjalan lancar, moga semuanya urusan dipermudahkan. Ameen, ameen!

Moga kita sama-sama dijauhkan dari golongan yang zalim dan ingkar pada suruhan & larangan-Nya.



7 comments:

Anonymous said...

hehe.
tahniah.

alhamdulillah, kirenya nama awk mmg dh ada sbgai pelajar di Massey Uni ye. ;)

cuma tunggu tiket drp encik MARA je.
insyaAllah, semoga dipermudahkan urusan olehNya. amin. :)

kite suke dgn surah ibrahim, ayat34 itu. terima kaseh. ;)

p/s-awak rindu kite eh? haha. rindu kamu jugak! haha. ada orang kirim bawakkan tanah dr Malaysia, ke bumi kiwi. haha~ sbb org tu kata, die dh lama xjejak bumi Mlaysia. xtahan la.

MiSs^iJa said...

fairuz, fly bila?
sedihnyaaaaaaaa :(

gudluck kat sana tau.

joereza said...

tahniah..sentiasa yakin pada Allah..no offence

Ezati said...

alhamdulillah..
bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian, insyaAllah ya...

:: abdussolehin :: said...

hehe..
ktrg x merase lg suasana
4,5 ari b4 fly
nanti bleh la ko plak
jd slh sorg pemberi info...yang setia
:D

MAWAR BERDURI said...

Tahniah kak Fairuz.. Dalam kesusahan itu tetap akan terbit sinar kebahagiaannya...

Anonymous said...

wah!!!!!!! dah nak fly juniorku ini!!!!

=)

=)

=)

jaga diri baik baik fai! =D