Saturday, February 28, 2009

Randomness on today.


Harini bangun awal pagi dengan dikejutkan oleh-Nya. Alhamdulillah. Plan untuk ke pasar mesti dilaksanakan meskipun hujan turun tak henti-henti. Pasar kat sini amatlah membosankan yet Alhamdulillah sebab masih boleh berjumpa dengan si Kailan tercinta. Buah plam kegemaran Ibu pon ada kat sini. Beli banyak gila tapi sangatlah murah. 1NZD boleh dapat 6-7biji. Ni yang teringat kat Mak ni. Miss U.. Sob sob:(


Tak banyak pon barang-barang basah kat sini.


Lepas tu ke Pak' n Save pula. Memborong itu-ini. Murah jugak barang-barang harini. Tapi tak dapat jugak beli daging sebab mahal lah sangat-sangat. Beef slices sekotak hampir 8NZD. Kata je NZ banyak lembu tapi mahaii nya lah. Bersyukur juga sebab dapat beli dua ekor ikan besar. Lepas tu ke kedai Asean beli ikan masin dan sangat sedih tengok keadaan Raja Buah-buahan Tempatan itu. Terkurung dalam freezer.

20dollar lebih tu. Mahaii!

Harini tolong si Ain buat creme puff. Teringat sangat-sangat kat Ayu dan Ija yang hantu creme puff waktu kat KMS dulu. Miss u friends :(

Sedap. Pandaii Ain :P

Ke MUMSA (Massey Uni Malaysia Students Association) pot luck. Makan-makan. Main-main dengan anak-anak postgrad then pulang dengan perut yang kekeyangan. Alhamdulillah.. :D


Muka-muka perantau.

Ni nama Ain gak. Baru 6 bulan tapi dah tough ;P





Friday, February 27, 2009

Gambar-gambar.

Alhamdulillah hampir seminggu aku dah duduk kat NZ ni. Selama itulah aku selalu terfikir, kenapa aku tak further study in Malaysia je sebab selesa, tak sejuk sangat and tak payah nak adaptkan diri dengan budaya kat sini, tak payah berbelit-belit lidah nak cakap English. Tapi tadi aku dah jatuh hati dengan NZ. Sebabnya??


Cantik!


Cendawan. Natures' beauty. Subhanallah.







Kat sini ada banyak gila padang rugbi. Melata.


30 minit sebelum gambar-gambar di atas disnap, aku petik apple.
Belakang tu adalah pokok epal.


Start memanjat.


Petik sikit je. Tangan kecik katakan ;P

Lepas tu aku ke sungai belakang hall.

Mula-mula snap dari jauh je.



Lepas tu, datang lepak dekat-dekat.


Makin dekat, sentuh-sentuh air.



Masuk dalam. Sejukk!


Lepas tu aku tgk orang main rugbi. Dari jauh lah.

Perempuan pun ada yang main! Wow!


Lastly, pulang ke bilik.
Buku Bio kat atas tu. Jangan pelik. Course aku memang kena ambil Bio:(

Dah pakai heater walaupun tengah summer. Sejukk woo.


Pemandangan dari tingkap.


Itik NZ yang suka ketuk tingkap aku, mintak makanan.


Hari ini, hari yang sangat seronok okayyy! Walaupun assignments dah berlambak:D


P/s: Fall dah nak dekat. Daun-daun semua pon nak tukar ke warna keperang-perangan. Welcome autumn! It'll be a spring in my heart:D

Wednesday, February 25, 2009

Refluks.

Semalam ada experiment Chem yang nampak je mudah tapi susah gila bagi aku. Dahlah tercampak sorang-sorang yang Ain juga entah tercampak ke lab mana-mana. Tiba-tiba semua orang dah bergerak and buat experiment. Sangat cepat. Mereka mengset up reflux apparatus dan memulakannya dengan sangat pantas. Aku pula berdiri membatu sambil mata aku melilau-lilau melihat apa yang aku perlu aku lakukan. Haih. Memang sekolah-sekolah kat Malaysia kena ajar semua students macam mana nak buat refluks! Kalau setakat tahu secara teori saja memang tak cukup.

BTW, semua lecturer pon ada masalah nak pronounce nama aku kat sini. Tapi, that's fine. Mungkin dengan itu mereka akan ingat lebih sikit pasal aku? ;P

Alhamdulillah, TC dah boleh masukkan dalam account. Accomodation fees dan semua fees akan dibayar ASAP!

Alhamdulillah, Allah itu sangat sweet kan? Sujud syukur jommm!

Monday, February 23, 2009

Masalah pertama saya disini.

Mula nya begini.

Aku ke Nationanl NZ Bank. Mahu bukak account dan langsaikan accomodation fees, buku dan segala. Aku rasa dah tak larat sangat pegang 11keping Traveller's Cheques itu. Lalu beratur dan bertanya itu ini. Menyusun appoinment dan datang pada waktunya. Setelah selesai urusan membuat buku akaun, mahu pula masukkan segala nilai dalam TC itu ke dalam bank tetapi..

" SIGN ATAS TC TAK SAMA DENGAN SIGN DALAM PASSPORT!!"

Berkejar-kejar ke International Student Support. Disuruh ke National Bank yang lebih besar dan punya manager yang mungkin akan bertanggungjawab atas kes aku ini. Jadi, bergegas ke sana bersama Ain dan Nadly yang baik hati. Sampai saja di depan pintu jam menunjukkan pukul 4.45pm. Lambat 15min. Bank tutup. Try lagi esok, insyaAllah.

Ya. Jangan lupa, bagitau Kak Norulhuda, akak Mara.

Doakan aku untuk esok ya. Banyak lagi yang perlu dilangsaikan dengan wang itu. Moga-moga Allah menunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu kan?

Pengajaran: Jangan suka-suka hati tukar sign!

Sunday, February 22, 2009

Sudah sampai :D

Assalammualaikum.

Kami sudah sampai. Setelah berada di dalam kapal terbang selama 12 - 13 jam dan transit selama 1-2 jam. Setelah cramp duduk dalam 2 kapal terbang. Dalam kapal terbang Nadly dihujani soalan-soalan yang agak tak logik dari kami tapi dia tetap menjawab dengan tenang dan sabar, seperti biasa.

Tangisan dalam kerinduan adalah sikit-sikit mengalir. Tetapi itulah namanya pengorbanan kan.

Tadi pergi shopping, barang-barang agak mahal. Kenalah beli sikit-sikit tapi kena tipu juga:(

Camera pon dah dibeli dengan 200NZD. Kongsi dengan Ain. Jimat. Hehe. Ok lah. Bantai je 8MP.



Palmy sangat-sangat berangin. Rasa macam nak terbang dan sangat sejuk. Juga bandar yang sangat tenang. Nak jumpa Malaysian pon susah gila. Tapi buat masa ni semuanya okay. Bilik dan dapur pon cantik. Semuanya okay, Alhamdulillah :D

Esok masuk class, confirm blur. Alhamdulillah ada seniors yang menolong. Thanks Allah :)

Wednesday, February 18, 2009

Sekian lama.

Sekian minit tertanya-tanya.
Sekian detik aku mencoba.
Akhirnya pagi tadi dapat juga.
Satu panggilan bermakna.
Sudah tentu dari dia.
Si Encik Mara.


Packing dah siap 99%, Alhamdulillah:D
Esok dapat duit, Alhamdulillah.
Sedang berkira-kira apa lagi yang perlu dibeli.
Apa lagi, apa lagi ya?

Wednesday, February 11, 2009

Hadiah dari Mara.

Briefing - 13hb - Friday.
Expected flight date - 20hb - Friday.

Happy. Happy. Walaupun terpaksa ponteng o-week aku tetap happy:)

NZ, here I come :D

Monday, February 9, 2009

Sangat manis kan?

Hari tu kakak aku yang kat Scotland orderkan kek SR kat aku. Order online. Look at the words on it.
Ye. Sangat sweet yet sangat sedih. Dia akan balik bulan 6 nnt. Dan masa tu insyaAllah aku tiada.
Moga perpisahan di atas jalan Allah ini adalah perpisahan yang manis bangat:D
Arah, I appreciated this more than you expected.
Gonna miss you too, badly :(
and
THANKSSSSS A LOTTTT!

Sunday, February 8, 2009

Sedih.

Asmak, Naima, Teha, Mus, Izyan dah berpijak di atas bumi Aussie. Selepas ini, Lost, Nazir dan Naim pula menyambung perjuangan ke sana. Mereka semua dah tau tarikh.
Tapi AKU?? Aku, Nadly dan Ain??
MARA kata hari Selasa baru tau bila tarikh keramat itu. Hari Selasa? Hari Ahad berikutnya perlu mendaftar. Aku tension dan tak paham.
Kondusi: DOWN. Berfikir, perlukah packing barang-barang sekarang?

Monday, February 2, 2009

Thanksss!

Alhamdulillah ya Rabb.

Semalam aku tak sedap hati. Kerana Ahad satu lagi aku sepatutnya mendaftar tapi aku masih di sini. Masih sibuk menyiapkan kontrak, masih bengang kenapa tiba-tiba ada cuti Hari Wilayah di tengah-tengah kekabutan ini. Masih sakit hati kenapa tiada tarikh lagi, tiada tiket lagi. Na'uzubillah. Bukankah orang-orang yang bersabar akan diberi kesempurnaan oleh Allah?

Pemberi-pemberi info yang sangat-sangatlah setia: Nados dan Mimi. Bagitau tentang berita Mara takkan tarik balik proses pelajar tajaan mereka. Alhamdulillah.. Aku sangat lega. Sangat, sangat. Ye, Mara sangat baik, Mimi.

Lepas tu, aku dapat email ini dari pihak accomodation Massey Uni:

Hi Fairuz

This email is to let you know that you have been re-allocated to an all girls Muslim pod in Rotary court for 2009. Please reply to this email to confirm your acceptance of Rotary B1-3.

Thank you

Alhamdulillahhhhhh:D

Pagi tadi terima ini pula:


Hello Siti Fairuz
Your student ID card has been produced and is waiting for you to collect.
Please come and collect your Student ID card from the reception area in Level 2 of the Registry building. We are open from 8.00am – 5.00pm Monday – Friday.
We look forward to seeing you shortly
Kind regards
Campus Information Services (PN)
Massey University

___________________________________________________________________

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari(nikmat Allah)." (Ibrahim; 14:34)

Ya Allah, nikmat yang tak tersangka-sangka datang bertimpa-timpa. Alhamdulillah. Moga semuanya berjalan lancar, moga semuanya urusan dipermudahkan. Ameen, ameen!

Moga kita sama-sama dijauhkan dari golongan yang zalim dan ingkar pada suruhan & larangan-Nya.



Sunday, February 1, 2009

Ada tiada kerja.

Semalam aku beli Berita Harian gara-gara semangat tengok gambar dan berita di muka hadapan akhbar itu. Padan muka kau Peres. Terkejut kena marah dengan Erdogan di hadapan khalayak ramai. Tapi lagi-lagi padan muka aku bila terkejut beruk tengok tajuk ini '1Juta bakal hilang pekerjaan.' Lagi, yang aku tak lah terkejut sangat - '50ribu terlibat Skim Cepat Kaya'. Pulak, 6000 kedai dan 2000 orang baru saja terkesan akibat penutupan Syarikat Intel di Pulau Pinang, Malaysia termasuk Filipina Rabu lalu.

Malaysia memang amat-amat merasai kegawatan ekonomi. Semalam kakak aku yang bekerja dengan Petronas cerita yang kawan-kawan dia yang baru lepas grad kat UTP tak dilayan oleh pihak Petronas sendiri. Ditinggalkan terkapai-kapai. Call tak diangkat, yang dah di interview tidak dapat apa-apa respon lagi. Freeze. Itu mungkin tindakan yang mereka ambil gara-gara recession kali ini.

Chat dengan kakak aku semalam yang berada nun di Scotland. InsyaAllah akan grad Jun nnt. Aku cakap kat sini (Malaysia) dah susah nak cari kerja, kenapa tak kerja kat sana je? Dia kata susah. Persaingan sangat-sangat tinggi. Tambah-tambah kita foreigners. Cita-cita aku kononnya nak bekerja di perantauan nampaknya semakin tipis:(

Jumpa pulak Cikgu Azmi hari tu.

"Cikgu, saya ambil course Nanotechnology tau."

"Oh ye? Tapi ada ke kerja? Tak silap saya, kat Malaysia ni takde lagi pekerjaan nanotechnologist."


Waaaaaaaaaaaaaaaaaa:((

Tapi tapi, kita jangan lupa ini:
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata." ( Hud : 6 )
Rajin-rajinlah kita berdoa. Usaha itu mesti diiringi/disertakan dengan doa. Sesungguhnya Allah itu kan Maha Pemberi Rezeki, Maha Kaya. Dan Maha Sweet sangat di mana Dia hanya akan dan telah mesti memberi yang terbaik pada hamba-hambaNya. Kannn?
"Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Fatir : 2)
Mahu lebih? Sini ya.