Wednesday, January 28, 2009

Most wanted.

Aku rasa kagum sangat-sangat dengan orang yang buat website ni. Walaupun mungkin unaffected sangatlah untuk dunia tapi itu lah yang kita patut buat. Jihad patut diteruskan. Jangan hanya mengikut musim. Bila Palestin kena bedal, baru kita nak bersuara, baru kita terhegeh-hegeh nak boikot. This must be a continuous effort.

Dan, aku sangat berbangga dengan Malaysia yang mana bila pemimpin negara-negara Arab baru nak bersidang, kita dah beberapa langkah ke hadapan. Sekarang pun masih banyak ceramah-ceramah kat media massa yang nak bagi kesedaran kat kita semua, yang nak ajak kita beristiqamah untuk boikot produk-produk Israel Laknatullah dan sekutunya itu. Sebab, ada lagi yang tak sedar-sedar. Beberapa hari kebelakangan ni, masa jalan-jalan kat KL Central, aku intai-intai gak McD, sedih gila bila ada je Muslims yang makan kat situ. Ish. Kalau mengidam pun, trylah untuk mengidam benda lain. Boleh je kan?

Sekarang kalau korang singgah LRT Masjid Jamek, KLCC dan KL Central, ada orang yang akan pegang tabung derma untuk bantu Muslims di seluruh dunia (Sudan, Gaza, Iraq, etc, etc). Organisasi tu nama Islamic Relief. Jadi, sama-samalah kita menderma serba sedikit. Percaya kan pepatah: Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Celcom Blue jugak ada bagi aku 1 hadis (dapat setiap hari, Alhamdulillah:) yang berbunyi:
"Berinfaqlah iaitu berbelanjalah atau bersedekahlah dan jangan mengukit-ungkitnya kerana Allah akan menghitung nikmatnya ke atas kamu." - Muslim.
By the way, comel je Rosmah (TPM's wife) ajak kita sama-sama menderma kat tv. Kan bagus macam tu Datin Sri. I'm proud of you:D

Teruskan jihad ya kawan-kawan. Jangan ada genjatan boikot pulak;P

Sunday, January 25, 2009

Bersedih. Layakkah?


Belum rasa layak:


Bila tarikh aku nak blah pon aku tak tau lagi. Waaaa.. Sangat-sangat confiusing okay akak2
Mara!! Kenapakah budak-budak OZ and TESL je yang dah ada expected date?? Dianak-tirikan itu sangat sakit. Oh!

Tapi, aku rasa sangat layak kerana ini:

1. Mak mula ikut segala keinginan aku walaupun tiba-tiba aku ajak makan roti pisang kat
maple maghrib2. Dan pasembor? Mak kata, "tunggu Aishah balik k..".

2. Malam tadi mak cakap pada adek aku, "Mulai malam ni, kita tidur ngan Kak Yush je okay..". Walaupun aku tak tau benda tu akan jadi kenyataan ke tak (yelah, takkan nak tidur dengan aku sepanjang kurang dari sebulan ni kan?) tapi ungkapan itu dah buat aku mula rasa nak sedihhhh:(

3.
Aku akan tinggalkan usrah kanak-kanak IIC yang cool. Naqibah-naqibah yang sangat penyabar dan memahami.

4.Aku dapat lagu ini dari dia:

It's Not Goodbye
Laura Pausini

And what if I never kiss your lips again
Or feel the touch of your sweet embrace
How would I ever go on
Without you there's no place to belong
Well, someday love is gonna lead you back to me
But till it does I'll have an empty heart
So I'll just have to believe
Somewhere out there you're thinking of me
Till the day I let you go
Till we say our next hello

It's not good-bye

Till I see you again

I'll be right here remembering when
And if time is on our side
There'll be no tears to cry
On down the road
There is one thing I can't deny
It's not good-bye
You'd think I'd be strong enough to make it through
And rise above when the rain falls down
But it's so hard to be strong
When you've been missing somebody so long
It's just a matter of time I'm sure
But time takes time and I can't hold on
So won't you try as hard as you can
To put my broken heart together again.


P/S: Sila abaikan ayat yang pertama-tama itu okay. Hayati lagu tu dan sila bersedih. Dan jangan tanya lagi kenapa status YM aku ' It's not goodbye' ye Sol;)

Jadi, layakkah aku untuk bersedih? Kamu bagaimana?

Tapi ingatlah:

" La Tahzan, Innallaha Ma'ana"
:)

Friday, January 23, 2009

Perbualan yang dibenci (buat masa ini).

"Kau fly bila Fai?"

"Tak tau lagi."

"Eh, kenapa?"

"Budak NZ Mara uruskan lambat sket. Mara dahulukan students yang nak gi OZ dulu."

"Contract camne?"

"Baru dapat tadi. Ambik kat bangunan Mara."

" Pre-departure kiteorg kau join tak?"

"Kiteorg takde pre-departure. Kakak Mara tu kata kiteorg Mara bagi nasihat semua kat KLIA before depart nnt."


Sadis!
Perbualan yang aku memang tak dapat nak elakkan sebab buat masa ini, soalan-soalan di atas adalah antara soalan yang paling famous dikalangan kawan-kawan aku.

Lagi sadis dan tragis: Pembelian laptop ditangguhkan lagi. Bagi laluan pada adik aku yang juga memerlukan sebijik laptop. Guna resit dia pon alright je kan, akak Mara?

P/S: Kawan-kawan yang akan ke OZ, sila rasa diri anda sangat bertuah ye:D

Thursday, January 8, 2009

Aku nak sangat ke sana.

Assalammualaikum w.b.t.

Semalam malam, ketika aku sibuk melompat-lompat dari satu blog ke satu blog, mencari-cari info tentang saudaraku di Palestin sana kerana kekurangan berita yang Bernama TV, Berita Harian Online salurkan, aku jumpa ini:

PENGUMUMAN PENTING
Aman Palestin akan mengadakan rally RISE FOR GAZA
di stadium Melawati Shah ALam 10 JAN (sabtu) jam 10-12tghari
dengan mendapat liputan TV Al Jazeera
SILA HADIR membawa P'card, BANNER atau KAIN RENTANG
dalam bahasa Inggeris atau Melayu
AJAK TEMAN2 dan tolong sebarkan dgn sms. Jadikan ini JIHAD KITA>
PERSEMBAHAN KHAS menyelangi pemidato2:
MUADZ (Amrullah & Stand Up)
Kump DAie (LAGU JIHAD - bimbingan Muadz)
mungkin -algebra & grup nasyid pelajar palestin.


Aku nak pergi!! Sangat-sangat nak pergi!

Tapi..

Kem Semai Mesra menanti. Nama sudah pun aku daftarkan. Janji dengan kawan-kawan takkan aku mungkiri. Itu sikap orang munafik. Lagi pula, ayah kata " Set your priorities right." Macam mana ni? Tak mengapa, Palestin. Aku akan tetap menyokongmu dari jauh. Kerana sayangku padamu, Lillahi Ta'ala. Sungguh!

Buat kawan-kawan aku yang masih ada kelapangan Sabtu ini, luangkan lah sedikit masa. Tunjukkan kebencian kita rakyat Malaysia terutamanya Muslims kepada Yahudi Laknatullah yang menginjak-injak Muslim di sana. Yang memijak-mijak wanita dan anak-anak Islam sesuka hati mereka. Mungkin pahala akan dikira bila kita ke sana daripada kita melepak di shopping complex atau dibuai mimpi atas tilam empuk sendiri.

Sedarlah yang saudara se-akidah kita di sana memerlukan kita.

Sudah tiba masanya untuk kita berubah. Tinggalkan yang leka kerana mungkin ini tanda Kiamat hampir sangat tiba masanya.

Monday, January 5, 2009

Marah tapi malu sendiri.

Assalammualaikum w.b.t.

Aku rasa bengang yang amat sangat. Aku rasa macam nak sekeh-sekeh Europe & US yang dengan bangganya membekalkan senjata kepada Si Kaparat Yahudi yang menyerang Palestin. Aku rasa marah. Aku rasa sedih hingga menitis air mata. Itu baru apa yang ditunjuk kepada aku di layar tv. Belum lagi bila aku melihat dengan mata kepala sendiri. Aku dapat rasa kemeluapan api dalam hati aku.

Apa yang aku sendiri buat untuk saudara-saudara sesama Islam ku di sana? Aku berdoa selalu untuk kesejahteraan, ketabahan mereka. Tapi adakah hanya dengan doa?? Mana yang kita amalkan waktu setiap kali nak ambil exams di sekolah ataupun kolej yang mana, usaha tanpa doa adalah sia-sia, begitu juga sebaliknya. Dan sangat mustahil lah untuk aku turut sama berperang. Permasalahan ini pernah aku tujukan pada Hakim dan dia kata yang hukum wajib berperang iaitu berjihad tidak jatuh pada kita yang duduk di Malaysia ini.

Then? Apa yang aku buat? Aku rasa benci dengan pemerintah-pemerintah Arab yang hanya goyang kaki dan sembunyi ketakutan apabila dengan seronoknya Yahudi mengebom Gaza dan Palestin sana-sini. Macam bermain game perang-perang lagaknya mereka. Tapi, aku sendiri?? Apa yang aku buat? Aku kadang-kadang dok makan McDonalds, KFC yang terang-terangan menyumbang kepada Yahudi itu. Aku kadang-kadang dengan rasa masyuknya meneguk Coke yang bermacam-macam jenis. Diet la, apelah . Malu. Sungguh malu.


Semalam, selepas baca wawancara wartawan Berita Harian dengan Tun Dr. Mahathir, aku rasa macam bangang. Aku sebenarnya salah seorang penyumbang kepada US & Europe untuk membeli senjata-senjata canggih kepada Yahudi Laknatullah yang menyerang Palestin. Betul kata Tun, " Kalau tak minum Coke, bukan boleh mati pon." Kata-kata yang tajam. Yelah. Orang kata dah biasa makan McDonalds dan KFC dari kecik lagi. So, tak tau macam mana nak get rid tabiat itu. Hey, tolonglah! Nampaknya kita lebih mementingkan perut kita dari saudara-saudara se-akidah kita di Palestin, Lubnan, Iraq?? Mengaku sajalah yang kita ni selfish!

Kata Tun lagi, cukuplah sekadar 20% dari umat Islam di seluruh dunia ini memboikot barang-barang keluran US, ekonomi mereka akan lumpuh. Dan kawan-kawan, mari kita sama-sama tergolong dalam golongan 20% tu jom?? Takkan mati tak makan McD kott??


Highlight: Kalau macam ni, lagi bangga duduk di Selatan Thailand yang rakyatnya dah lama band Coke. Malunyaaaa! Mereka yang tak tinggi pendidikan macam kita pon dah lama boikot Coke dan dah ada kesedaran lebih dulu dari kita. Haih. Malu -_-::