Saturday, December 6, 2008

Hujan: nikmat & azab.

Post ini bukanlah berkenaan dengan band indi pujaan ramai itu. Ini adalah tentang hujan, salah satu ciptaan Yang Maha Agung:

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan gumpalan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertompok-tompok, lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit (yaitu) dari gumpalan awan-awan seperti) gunung-ganang, maka ditimpakan (butiran-butiran ais itu) kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan." An-Nur, 24: 43.

Subhananallah! Maha Suci Allah yang menurunkan hujan kepada kita.

Tapi kenapa bila hujan je aku akan dengar:

" Ala.. Hujan lagi. Baju tak kering."

" Haih. Masa-masa ni lah nak hujan, time aku nak keluar takde pulak nak hujan."


lagi,

" Tak best lah hujan malam ni, tak dapat tengok bola."

lagi, lagi dan lagi.

Apabila kita bercakap ayat-ayat yang sebegitu, kita sebenarnya tergolong di kalangan orang-orang yang kufur nikmat. Cuba kita bayangkan betapa gembiranya wajah si petani apabila tanamannya dihujani air dari langit. Betapa bersyukurnya bumi apabila diturunkan kepadanya air untuk menyuburkan tanah yang kontang. Betapa seronoknya dedaunan dimandikan hujan. Dan betapa bersungguhnya orang-orang Mukmin mengangkat tangan berdoa kepada Dia, bersyukur Allah S.W.T memberi peluang membuka pintu-pintu langit agar doanya didengari.

Tapi, sedar tak sedar, hujan juga adalah antara azab yang Allah turunkan kepada kaum Nabi Nuh A.S contohnya:

" Maka mereka mendustakannya (Nuh). Lalu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya di dalam kapal. Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang buta (mati hatinya)." Al-araf, 7: 64.


Dan baru-baru ini di Kelantan,Terengganu dan beberapa kawasan kecil berlaku banjir. Hampir setiap tahun keadaan yang sama berlaku. Ini akan menjadikan kita lebih peka dan berhati-hati. Tambah-tambah lagi pihak kerajaan pusat dan negeri perlu membaiki sistem saliran dengan lebih baik lagi kerana hal musim tengkujuh ini memang tak dapat di elakkan disebabkan kedudukan geografi Malaysia.

Sama ada hujan satu ujian atau azab, sama-sama kita masukkan diri kita dalam golongan orang-orang berakal di mana apabila Allah menjadikan sesuatu, kita akan berfikir tentang keagungan-Nya. Dan, jadilah yang sentiasa bersabar dan sentiasa bersyukur:)

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum, :)

huk. terima kasih utk peringatan ini.
=)

Amirah Zayanah said...

hujan adalah nikmat! mase kecik2 time hujan lah paling happy sebab nak mandi hujaaaaaan :D

Anonymous said...

saye suke!
butiran ais itu akan terkena pada siapa yg dia kehendaki.