Sunday, November 30, 2008

Morning, Malaysia.

Alhamdulillah.. Pagi ni aku berjaya melawan kantuk yang kerap menguasai kualiti waktu selepas Subuhku. Indah pagi ini. Cerah dan dipenuhi udara yang nyaman, segar. Aku suka pagi. Tapi ramai yang suka malam. Biarlah. Alina selalu kata, biarlah jadi yang minoriti dari majoriti. Indah. Betul-betul indah. Kata-kata Alina yang aku telan,hadam dan pagi ini. Indah sungguh! Walaupun aku tinggal di tengah-tengah KL ni, Allah masih tunjukkan aku keindahan alam ciptaan-Nya. Dan rugilah kita kalau tergolong di kalangan orang-orang yang melihat, mendengar, merasa sesuatu tanpa memikirkan keagungan-Nya, kekuatan-Nya. Subhanallah!

Jumaat lepas, aku berscoot dengan ayah. Menguruskan hal internet dan bank draft SGD 230 yang perlu dibuat untuk INZ Singapore. Ya, bakal pelajar NZ perlu mohon visa ke Singapura sana. Perlu courier passport, medical check-up reports ke sana. Itu yang leceh. Tapi tak apa, leceh sedikit untuk pulangan yang besar, insyaAllah. Kami meronda di Bintang Walk untuk ke Jalan Raja Chulan. Malaysia memang cantik. Sungguh bertuah aku rasakan berada di Malaysia, dilahirkan di dini. Sayangku pada Malaysia sampai rasa tak sanggup meninggalkannya. Betul. Selepas aku ke BTN, aku sayang kepada negara ini. Kalau tengok jalan-jalan raya di Kuala Lumpur, masih dihujani pokok-pokok yang rendang, skycrappers pon nampak gah dan bermacam-macam senibina yang sangat-sangat pada aku, cantik. Bukan je di Kuala Lumpur, di kampung-kampung pun jalan-jalan semakin cantik. Dikelilingi tanaman-tanaman menghijau. Cantik. Dengan cuaca yang stabil dan kedudukan yang strategik, Malaysia memang almost a perfect country! Okay, okay, kita tolak hal-hal politik yang mengocak negara, kita akan dapati Malaysia memang cunnn habis!

Terima kasih terima kasih landscapers, terima kasih tukang sapu sampah, terima kasih pelukis-pelukis grafitti jalanan, terima kasih pembina bangunan, terima kasih semua yang menjadikan Malaysiaku indah!! Alhamdulillah ya Rabb yang menyelimuti kami dengan nikmat yang tidak terhingga, Thanks A Lot!!

Mari sama-sama bersyukur dah jerit kuat-kuat, Alhamdulillah, aku sayang Malaysia!!

8 comments:

Anonymous said...

ak sayang malaysia!!!
=)

joereza said...

coretan yang begitu syahdu..

nados said...

haih,rindu pulak kt alina dan kata2 semangatnya yg menenangkan sebagaimana tenang org nye...

Anonymous said...

aku syang gak..rindu lol...
hehe..da pergi btn jangan terpengaruh ngn propaganda dacing???...ada yang tipu ada yang betul..pandai2 buat pertimbangan eh...
nanti kamu pergi oversea kamu akan jauh lg nampak view point of malaysia dari luar..kamu da ada point dari dalam, sekarang kamu akan tgk dari luar..kamu gabungkan dan timbang lara yang terbaik..
balik nanti, kamu mampu menjadi pencetus baru di malaysia nanti samada dari segi kualiti, agama dan bangsa...

insyaALLAH, kamu doakan sya terbaik juga seperti saya saya doakan kamu cik peruz...

Wanee said...

aku mmg syg gle makanan msia......

Bukan Bidadari said...

salam,aish kta x ingt pon kta prnah ckp cmtuh..silap org kot..huhu,thx awk sbb buatkn kta sdar spatutnye kta brsyukur dgn ape y kta ade..alhamdulillah,syg malaysia=)syg sume y contribute for today's malaysia..may Allah bless us all..amiin

Fairuz Sallehuddin said...

tumi, nados, mirin: baguih2. ini yang kita nak! hehe.

redza: syahdu ke?? xde ah. haha

Wani: ko mmg sah2.. GENDUT KMS!! haha

Alina: ada la awak cakap cmtu. awk kan slalu lupa apa awk cakap;)

zakwan baik said...

ya!team bola msia pon da ad jersy bru..