Thursday, November 6, 2008

Terengganu re-revisited.

Aku ke Terengganu lagi. Kali ini banyak gila perubahan. Mungkin hasil dari pertukaran Menteri Besar. Atau mungkin hasil dari perlantikan Sultan Mizan sebagai YDPA Malaysia. Ahhh.. Apa-apa pun kemungkinan yang bermain di kepala otak ini aku ketepikan. Asalkan rakyat menerima segala kemudahan, itu sudah dikira baik bangat.

Menziarahi mereka yang banyak sangat menyumbang kepada kejayaan ku di Kuala Berang, mereka yang banyak membantu pengangkutan ku ke airport ketika aku masih blur di Rusila, Marang; menziarahi Paklong sekeluarga yang entah macam mana tercampak di negeri ini di daerah Chendering, menziarah lagi kawan ayahku sekeluarga di Bukit Payong, lagi menziarah famili kawanku di Bukit Bayas.

10 hari yang sungguh menggembirakan. Tapi ada juga hari-hari yang membosankan yang membuat tekad aku mengambil lesen kembali bernyala. Ahh.. Memang susah takde lesen memandu! Kereta sudah ada, tapi orang yang ada tak reti memandu. Jadi, memerap sajalah di dalam rumah itu. Bosan. Walaupun tidur dan bangun dan tidur semula dan bangun lagi pon tidak habis-habis hari lagi. Memangla betul apa yang diquotekan orang- There's no better place than Home! Rasa nak balik. Yelah, hanya menggunakan hampir 5hari dari 10hari untuk berjalan-jalan di Terengganu. Merasa kami dua beradik membuang masa begitu saja. Sepatutnya kalau ikhlaskan hati ingin menziarah lebih daripada berjalan merata, tidaklah rasa bosan itu menyinggah di hati kan??

Erm.. Susahnya nak terapkan rasa ikhlas! Ke aku sorang merasa susah untuk ikhlas itu. Cerita Kiamat Sudah Dekat tiba-tiba menjengah fikiran. Ilmu IKHLAS dijadikan tema. Mamang patut. Memang patut kerana rupa-rupanya manusia susah nak menguasai ilmu ikhlas itu!

Hah! Here are some pictures telling you guys what I did when I was in Terengganu. Err.. Should I say, Enjoy! Haha.



Bukit Bayas. Tok yang akan ku rindu.



Sepupu-sepipit di Chendering.







Rusila, Marang. Lot of sweet memories, I can't tell.

8 comments:

Anonymous said...

wey2!!!
dtg trganu x bgtau ak ponn!!!
waaaaaaaaaaaa,sedey3!!
tau x bukit bayas tu x smpai 5min je dr rumah ak...
fairuz!!!! :(

Anonymous said...

ehem2 pegi trengganu tu jumpe sape sbenanye cik ferus...

Fairuz Sallehuddin said...

to
nunie: alaaa....sorry le beb.. ak xteringat langsung ko dok sana..kalau ak tau..xdela ak kebosanan..waa..
nipnet: aa..ape lak ni..xde sape2 ah. amir xcuti ok. gossip je eh ko ni;)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

lesen kereta?
hehe~ cepat2 ambik.
nanti boleh pandu kite kat NZ. :P

t-shirt2 kamu cantik lah.
:D

diana said...

eh..fai!!tgh bace blog org tetibe nmpk link ke blog ko.uikss..haha..neway,long time no see sjak terjumpe kat pasar kdai pyg dulu tu.hiks~

nice blog!=)

MAWAR BERDURI said...

wah, kak Fairuz.. seronoknye die.. alang-alang dah pergi trg, laen kali blh terus ke rumah saya kat batu rakit...

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Memang betul kita susah hendak menguasai ikhlas, kalau tidak faham pengertian ikhlas lagilah susah,
Kita sebenarnya memerlukan Islam, Iman dan Ihsan, penguasaan tiga perkara ini barulah orang Islam jadi sempurna.
Ihsan terasnya ialah ikhlas, Ikhlas ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah.
Sekian, wassalam.