Monday, November 17, 2008

lu pikir sendiri lah beb!

Semalam aku attend satu program ISMA. Usrah merangkap ceramah dan seterusnya qiam. Special thanks to Kak Ima yang tak pernah berputus asa mengajak aku ke program-program yang mendekatkan diri pada-Nya. Masa Utaz Abd. Mutholib bagi ceramah, dia sebut satu quote yang membuatkan aku berfikir paanjang, yang dia juga mengquotekan quote ini dari seseorang yang dia lupa. The quote is:
"Kalaulah didepan aku berhimpunnya 10 orang pemuda dan aku panggil untuk berperang fi SabililLah, akan datang 100 orang untuk menyertai tetapi kalau berhimpunnya 10 orang pemuda didepan aku dan aku panggil untuk berdakwah, nescaya tak akan ada seorang pun yang berani tampil ke hadapan."
Kak Aliyyah pernah tulis dalam blog dia; seingat aku begini: Jalan dakwah ini tak memerlukan aku, tapi aku yang memerlukan jalan ini.


'Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.' Ali-Imran,3:20.

Erm.. Kau rasa macam mana?

3 comments:

natasha said...

sgt betul kata ustaz tu~

zikrilhakim said...

salam..mmg btol kta sbnrye yang mmerlukan jln dakwah tu..dia x perlukan kta pun=(sbb kta ni mnusia y selalu lupe matlamt sbnr kta di dunia ni..kta terlalu mengejar redha mnusia padahal pandangan Allahlah y sepatutnye kta dambakan..biarlh org lain nak kate apepn,kerna Allahlah matlamat hidup kta..~ya Allah,faqqihkan kami dalam urusan agama-Mu ya Allah agar kami bisa berpegang pada prinsip-Mu:amar makruf nahi munkar, agar kami bisa menyerlah di pandangan-Mu..moga2 kami tergolong di kalangan hamba-Mu yang benar2 bertaqwa~amiin ya Allah

wanee said...

cantik layout!