Saturday, October 18, 2008

Masalah ini, tolonglah menjauh dariku.

Antara dua.
Susah.
Memang persimpangan yang sangat susah.
Kanan atau kiri.
Depan atau belakang.
Malaysia atau bukan.
Nama-nama atau aku-engkau.
Aku penat.
Tapi, layakkah aku penat?

Kadang-kadang mahu saja aku buat dua kotak yang boleh mengcomparekan mereka. Adilkah begitu? Satu bercakap mengenai cita-cita. Tak sudah-sudah dan satu lagi bercakap tentang cinta. Cinta. Berfikir juga, tak penat kah couples yang bercinta? Tak penat kah mental dan rohani mengejar cinta yang tidak dihalalkan-Nya?

Mahu saja rasanya mengdropkan perkara rumit ini dari fikiran. Tapi jawapan itu perlu. Ahh. Aku bagi jawapan itu lima tahun lagi pun, bolehkan kamu berdua? Bertahanlah 'sekejap' ya?

Banyak aku berfikir semenjak dua menjak ini. Tentang kerenah dan harapan manusia. Ni baru travel dalam Malaysia, baru stalk blogs orang, dah pusing. Harap-harapnya kat NZ nanti aku akan berfikir perkara-perkara yang tak memeningkan kepala lagi. InsyaAllah.

P/s: Ungu Karmila tak lah sebest yang disangka. Diantara novel-novel RAM, Trilogi Tombiruo memang JUARA di hatiku.

3 comments:

j@n@..... said...

trime kaseh =)
kalaula sunan itu masih wujud...

Anonymous said...

kamu juga kawan,diharap terus sedia tabah ;)
jeta'ime ya fairuz!

zakwan baik said...

hihi..relax je fai
berfikir kan bagus;)
pk bnda2 yg berkaitan ngan diri kte je..klu x pon, share ngan mber2..