Ayah selalu kata: Money is just a piece of paper.
Ayah selalu didik; kita kena jadi tangan yang di atas, bukan tangan yang di bawah. Jadi, ayah bagi duit banyak-banyak pada kami supaya kami belajar bagi kepada tok, adek-adek sepupu, makcik-makcik dan pakcik-pakcik saudara.
Ayah jugak menderma di depan kami supaya kami belajar dari dia.
Walapun ayah mungkin tidak tahu ini:
1.) Allah berkata dalam Al-Baqarah ayat 215 : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
2.) Dan ini; Nabi bersabda diriwayatkan oleh Imam Muslim : Sebaik-baik sedekah adalah apa yang lebih dari keperluan. Tangan di atas (pemberi) itu lebih baik dari tangan dibawah (penerima). Mulailah dengan orang yang menjadi tanggunganmu.
Dan Ayah kata lagi: Hidup kita bukan hanya untuk kita, hidup kita untuk orang lain juga.
Walapun kena pow banyak kali, ayah tetap tak berkesah kerana ayah kata lagi: Duit ayah kalau tak bagi kat anak-anak, nak bagi kat siapa lagi..
Susahnya nak punya hati seperti ayah.. Kan anak-anak?
5 comments:
Untung anak ayah =) kim salam kat ayah eh?
b'usahalah cari duit jika mampu =), beri kepada yg memerlukan...zaman sekarang kehausan dermawan dan hartawan SEPERTI PARA SAHABAT yg membelanjakan harta ke jalan Allah sampai diorang tak rasa kemewahan pon.sebab tu ramai lagi umat Islam hidup dalam kefakiran.
thanks fai.
satu input buat kite :))
isk~ teringat ayah kite jugak. :(
terima kaseh ayah atas didikan itu
fai rindu m'sia?
M'sia pun rindu Fai,
berkurang warga comelnya :)
Post a Comment