Sunday, July 12, 2009

Kisah kehilangan.

Kehilangan dia yang kusayang amat dirasakan. Meja terasa sepi. Bilik terasa gelap. Hidup terasa sunyi dan bosan. Tapi ayah pernah mengingatkan betul-betul selepas kejadian kehilangan berlaku yang "Nothing's permenant with us."

Jadi, aku mula mengajar hati menjadi tabah dan redha di atas kehilangannya. Allah jadikan sesuatu pasti, pasti bersebab dan hanya yang kuat mampu menerima ujian dariNya. Semakin hari aku jadikan diri semakin bersyukur atas kehilangannya, menjadi semakin positif kerana ketiadaannya. 6 bulan bukanlah masa yang panjang untuk merasa puas bersamanya, dan 6 bulan sudah cukup untuk menzahirkan rasa sayang dan cinta kepada dia. Tapi aku tahu, Tuhan tahu kenapa Tuhan buat begini padaku. Aku tahu Dia adil sangat-sangat.

Hari kehilangan itu, aku terkedu, zikir jadi penguat hati dan jiwa. Minta kepada Sumber Segala Kekuatan supaya jangan menangis, jangan terkenang, menerima yang terjadi itu lebih baik dari merunguti apa yang telah berlaku.

Terima kasih Allah kerana memberikan aku kesabaran yang tak pernah aku tergambarkan. Terima kasih kerana kekuatan dan keredhaan yang aku nanti-nantikan selama ini. Aku tahu aku tak sekuat mana tanpa Engkau di sisi.

Kepada siapa-siapa yang berkenaan, maaf kerana lama sudah tidak menghubungi, lama sudah tidak bersua muka dalam Skype, lama sudah tidak bertanya kabar dan bertukar suara rindu kerana medium semua itu sudah pergi meninggalkan ku dan insyaAllah akan kuganti dengan yang baru suatu masa yang hanya Dia tahu..

9 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah =)

dllhsn said...

mcm mane boleh hilang ye fai?
waktu awak kat uk ke?

anis shafikah said...

Fai,ku sayang kamu dan pasti akan merindui utk melihat kamu lg di skype :)
InsyaAllah,suatu hari nanti adalah peneman baru.nanti kalau balak msia,dtg umah eh,bleh aje nak lepak sama.rindu bangat.

Amirah Zayanah said...

ohh fairuz!! jgn bersedih. btw, mcm mana boleh hilang pulak? :(

:: abdussolehin :: said...

xpe.insyaALLAH nnt de rezki laen ;)

~Cik Hamba Allah~ said...

salam..

huhu.. hilang masa p UK ke..?.. ke masa kat airport..?.. or misplace..?.huhu.. byk soklan plak cik nabil ni... adeh adeh..

erm.. salu je ada kes kene curi klo p travel2 (klo betul waktu travel la kesayangan awak tu hilang..huhu)..

ada kawan p jepun.. tak pasai2 laptop kene curik.. byk benda gi kene curi..

kawan katne lagi ntah kene curik gak..

takpe.. inshaAllah ada sesuatu yg Allah nk tunjuk.. no worries sis..

yg baru mungkin akan lebih memahami anda.. hoho..

slamat kembali bersekolah sis.. hehe.. ;P

wassalam

umaq_eiman said...

ooooo pi uk.
ermmm takper hilang benda duniawi jgn hilang benda ukhrawiy,,,

umaq_eiman said...

ooooo pi uk.
ermmm takper hilang benda duniawi jgn hilang benda ukhrawiy,,,

Anonymous said...

kehilangan adalah sesuatu yg memeritkan...lebih2 lagi kehilangan sesuatu yg amat penting/berharga dlm hidup kita...tapi percayalah...Allah akan gantikan ia dgn sesuatu yg jauh lebih baik suatu ari nanti...jika bukan di dunia tp di akhirat...percayalah...