Tuesday, April 7, 2009

KMS dan titration.

Aku masih ingat lagi betapa aku membenci titration. Meluat aku buat experiment titration tiap-tiap minggu di KMS dulu. Setiap minggu masa Lab Chem takde benda lain, asyik-asyik titration.

http://www.sciencebuddies.org/mentoring/project_ideas/Chem_img030.jpg

Tapi hari ini aku bersyukur, bersyukur yang teramat sangat kerana titration lah membuat aku tersenyum bangga di hadapan Lab Instructor, Adrian Jull (muka macam House M.D;) tadi. Aku buat semua sorang-sorang. Biasalah takde kawan lagi. Tapi seronok sebab takde orang kacau kerja aku:P

Seronok lab harini. Sangat seronok. Semua nya berjalan smoothly. Dan imbasan kenangan membuat eksperimen bersama kelas 7.4 datang menggamit hati yang kerinduan. Moga mereka semua berada di bawah lembayung rahmatNya, ameen Ya Allah, ameen..

Sungguh, Allah memudahkan banyak urusan. Alhamdulillah. Moga kita sentiasa bersabar dan bersyukur dengan ujian dan nikmatNya.

Allah, sejauh mana cintaku padaMu takkan setanding cintaMu padaku. Alhamdulillah and Thanks ya Allah atas nikmat kegembiraan pada hari ini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah !

P/s: Rasa macam nak jadi chemist la pulak :D

6 comments:

Lutfi Belwael said...

lab 1st year mmg best. adrian tu best gle. dia pnye lawak mmg xleh blah. rasanya semua lect first yr best2. trevor kitson and tony signal especially.

all the best for ur tests.

:: abdussolehin :: said...

ehe..titration eh.teringat cikgu khairiah tolong aku & ko masa exam AS.aku ingat lagi pe jadi kat ko mase tu ;)

Bukan Bidadari said...

=p..rasanye kita tau ape y dmaksudkn mr. solehin=)..tp,alhamdulillah,awk succeed with flying colours fai=)..rindu kamu,wahai 'umar versi muslimah=))

:: abdussolehin :: said...

ehe..u know what i mean right? :D umar versi muslimah?kenape eh~

S.U.Z.E.R.A.I.N said...

::Thank you atas doanya..same to you too..
::time exam tu sy ingat satu perkara ttg titration nih..hmm apa agaknya..
::anyway, good luck ya!!

Wanee said...

haha, fai, aritu ak bwat titration in lab, aku org first siap and had the lightest pink colour, instructor ak ckp 'wow, thats really good for your first titration :P '

bukan nk bngga diri, bersyukur dh bwat byk kali kat kms :)