Sunday, March 29, 2009

Kita bukan hanya untuk kita.

Harini aku penat tapi Alhamdulillah dilimpahi nikmat keseronokkan. Mengajar mengaji. Ye, memang aku rasa tak larat dan malas tapi bila tengok senyuman dan kerenah mereka, hilang semua rasa itu dan yang datang semangat berkobar-kobar.

Doha: Sister, what is your name?

Aku: Fairuz. 

Doha: Can we call you Fairuz?

Deka: No, we have to call her Sister Fairuz.

Mereka sangat comel. Sangat berani bertanya dan jujur.

Doha: MayI go to the toilet after I read my line?

Aku: Yes, you may.

Doha: Erm, may I go now?

Aku: You said you want to read your line first? Salma will finish her line just in seconds. 

Muka kesian Doha tak boleh blah, jadi,

Aku: Yes, yes, just go.

Lagi 1 kejujuran si kanak-kanak, sewaktu kami sedang khusyuk mendengar Hisham membaca, tiba-tiba:

Doha: I imagine you all like sausages.

That's it. She was very hungry. Sangat jujur dan open. Cis!

Aku masih susah nak ajar Iqra' dalam bahasa English. Tadi ajar mereka sebut harakat, apa itu harakat, bila 2, bila 4,5; bila 5,6. Mereka cepat paham dan yang paham cepat mahu terangkan kepada yang tak paham. Sangat aktif. Aku nak sebut baris atas, macam susah sangat aku sebut up sign. Haha. Memang lawak. Next week aku dah plan nak sebut sakhtah, dhommah and apa satu lagi aku tak ingat tapi aku akan cari. Susah. Makhraj huruf mereka yang berbeza mewajibkan aku untuk peka dan membetulkan. 

Azan berkumandang. Solat Zohor memanggil.

Aku: Okay, we'll continue next week. You have to practise everyday okay?

Mereka: Okay! Sister, will you teach us again next week?

Aku: Yeah.

Mereka: Yeayy!!! Will you teach us for this whole year?

Aku: Yeah. I will, insyaAllah.

Mereka: Yeayyy!! We don't have to change teacher anymore.

Masa tu aku sedar, aku bukanlah hanya untuk aku. Aku diperlukan oleh anak-anak ini. Memang aku ada tests yang banyak minggu-minggu depan, aku perlu baca Bio yang banyak sangat-sangat dan susah nak paham.

Aku tau juga yang mana belajar itu juga ibadah, makan itu ibadah, bersenam itu ibadah, tidur itu juga ibadah tapi aku sedar, yang kita bukanlah hanya untuk kita. Hidup kita untuk orang lain, untuk Islam tersayang. InsyaAllah akan ku usahakan tanggungjawab ini sebaik mungkin.

Doakan.

Sunday, March 22, 2009

Mengajar budak mengaji.

Aku ada tanggungjawab baru setiap Ahad. Mengajar Muslim kids mengaji di Masjid di Cook St. Aku ada 5 orang students yang sangat aktif. Semuanya belajar Iqra' 5. Memang hari pertama yang mencabar kesabaran aku. Tapi yes, sangat seronok. Dan well, bahasa Inggeris mereka macam biasa, lagi, lagi, dan lagi terer dari aku. Hmmm..

Selepas ajar 1 page, aku mula tanya negara asal mereka, Hashim dari Palestine, Abdul Bari dari Saudi, Deka dari Somalia, Doha dari Pakistan dan yang paling muda Salma dari Sudan. Doha itu sangat talkative dan Hashim dan Abdul Bari suka gelar dia bossy. Haha. Ye, aku akui itu. Tugas aku bukan saja ajar mereka mengaji tetapi juga penyampai risalah dakwah Rasulullah dari pelbagai segi, Tauhid sehinggalah Akhlak. Penat yet sangat seronok. Ada perbualan-perbualan mereka yang menarik hati aku:

1.

Deka: Im from Somalia.
Aku: Have you ever come back to Somalia?
Deka: No, my country is facing a war right now. I cannot go back.


Aku pon tak tau war apa kat Somalia sekarang. Tiba-tiba,

Doha: Lucky there's a war in your conutry, otherwise, we would never meet each other.

Sangat sweet tapi macam.. Erk! Haha.

Lepas kami solat Zohor berjemaah, aku pegi beli sosej kat luar then jumpa anak postgrad yang semuanya sangat-sangatlah friendly. Aku keluarkan purse untuk ambil duit,

Kid: You got a purse!!?
Aku: Yeah. Why?
Kid: But you are still small. You cannot have a purse.

Aku berbisik ke telinga dia,

"But I am 21."

Dia ternganga.

Cis.


Saturday, March 14, 2009

Kincir angin dan aku yang malang.

Hari ini hari yang agak meletihkan tetapi sangat terubat bila ada seniors yang willingly nak bawak aku dan Ain ke windfarm. Windfarm tu mungkin adalah satu-satunya landmark Palmy. Kami bergerak lambat sebab aku yang lambat. Hehe. Aku sangat gembira dan excited walaupun masih tak lunch menyebabkan perut berbunyi. Lapar tapi.. Aku kan dalam usaha nak berjalan, melihat, dan mentafsir :)

Windmills boleh je nampak dari Massey Uni tapi sebenarnya sangat jauh dan dalam. Jalan sangat berliku-liku dan bahaya. Mula-mula kami singgah di satu gorge dimana ada aliran sungai di tengah-tengah banjaran. Subhanallah begitu hebat sekali aliran sungai sampai mampu membuat laluan sendiri merentasi banjaran. Subhanallahh..




Cantik sangat. Sayup mata memandang..


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke sebuah jambatan di mana seorang pelajar Massey baru mati Ahad hari tu sebab main extreme sport swing kat jambatan. Mungkin sudah ajal dia sebab benda tu supposedly sangat mengutamakan keselamatan. Dia mati sebab tali swing tu terputus lalu dia terhempap atas batu. Na'uzubillah kita meninggalkan bumi dalam keadaan macam tu kan.

Jambatan 20m tinggi.

Kami kemudian meneruskan perjalanan lagi. Terus menuju ke windfarm, kali ini dengan semangat yang sangat berkobar-kobar. Yelah sebelum ni aku tak penah pun tengok kincir angin. Setakat tengok dalam MI3 dan menganga. Sangat teruja! Ambil gambar di sepanjang perjalanan. Sebelum ni pernah ambil gambar windmills dari Massey secara sangat jauh walaupun dah habis zoom. Kamera bukan DSLR, biasalah ;P


Bersembunyi di celahan pokok ye!


Ini part yang paling sedih:

Dah tutup! Waaa :((

Ye, sangat kecewa. Patutnya bila masuk dalam, boleh parking kereta betul-betul bawah kincir angin tu. Tapi dah ditakdirkan Allah SWT, pasti ada sebab-musababnya kan? So, ambil gambar dari luar pon okay apa? Bersyukur sangat-sangat, ucapkan Alhamdulillah:D


Ladang kabing dan lembu pun kat sini jugakk..

Bilah-bilah kincir angin sebesar trak.

Sejuk tapi.. Seronok!!


Thursday, March 12, 2009

6 degrees dan sibuk.

Saya sgt sibuk. Macam kawan-kawan yang lain. Sangat. Yelah dah 21 tahun baru terkejar-kejar nak masuk uni lah katakan. Draft Research on Whey Waste As Energy bla, bla, bla kena hantar next week. Research tak siap lagi. Baru terkontang-kanting nak belajar English dah kena buat report. Haih. Berhenti merungut!

Semalam 9 degrees. Saya dengan bangganya keluar rumah tak pakai sweater sebab tengok dari tingkap, kat luar macam tak sejuk. Bila dah keluar baru tau sangat sejuk dan ramai orang pon dah start pakai winter coat. Kan baru autumn? Saya jadi pening. Baca status Tasha dan Moon yang masing-masing perlukan heater. Yes korang akan lagi perlukan heater sebab harini mungkin turun kepada 6degrees. Saya tengok siap-siap weather kat google tadi. Takut keluar pakai winter coat, orang kata over je Malaysian ni;P



Sambung baca Bio:(

Bye! Assalammualaikum:D

Saturday, March 7, 2009

Culture shock.

Hari Selesa dan Khamis mungkin adalah hari yang paling sibuk di sepanjang satu sem aku di sini. Tiga kali lab dalam seminggu membuatkan aku akan terlena keletihan. Ada dua lab malam. 6ptg sampai 9malam. Lab Bio jatuh pada Khamis malam Jumaat. So, bila kami berjalan pulang ke court akan ternampak kelibat-kelibat manusia menuju ke town untuk berparty. Mula-mula rasa pelik tapi lama-kelamaan macam ternanti-nanti pula suasana macam tu. Yalah kat NZ pada malam-malam lain akan senyap sunyi.

Cerita pasal lab. Aku mengalami bukan saja culture shock tetapi juga bole dikatakan mendekati heart attack. Mula-mula masuk Lab Chem dah ternganga macam mana nak buat refluks. Hari selepas hari itu pula ada Lab Phys. Masuk lab tu aku ternganga bukan kerana apa. Kerana semua computer kat dalam lab tu adalah Apple Dekstop yang sangat banyak! Beratur atas meja satu-persatu. Aku dengan jakunnya menyentuh keyboard Apple yang sangat nipis dan membeliakkan mata melihat monitor Apple yang sangat cun sedangkan orang lain sibuk mendengar penjelasan lab instructor kat depan.

Minggu ni pula aku dapat lab partner untuk Lab Phys dan Bio. Oh, mereka adalah New Zealander. Slang yang sangat-sangat pekat menyebabkan aku hanya akan menjawab 'Yeah', 'OK' ataupun 'Alright' ketika mereka bertanya apa-apa. Masalah komunikasi ini mungkin akan selesai setelah aku aku duduk sini selama 1-2 tahun lagi. Haih. Lab partner Phys aku buat kerja laju sangat-sangat. Macam ada anjing kejar dia kat belakang. So, aku pun macam rushing gila. Sampai tak sempat nak semak pun lab workbook sebelum hantar kepada instructor.

Tapi kat sini aku rasa macam dapat layanan yang istimewa sangat. Mungkin kerana aku international student. Itu yang seronok. Sorang-sorang instructor datang tanya aku ok ke tak dalam ketiga-tiga eksperimen. Macam tau-tau je yang aku memang sangat tak ok, okay! Oh! Ni baru lab 1st sem kot. Nanti labs sem-sem yang akan datang lagi lah aku akan pening menggila. Dengan instruments yang sangat canggih untuk dihandle oleh rakyat negara ke-3 macam aku ni. Haih. Ya. Massey Uni adalah most equip lab in NZ. Sangat senang hati dengan award itu yet sangat penat sebab semuanya nak canggih-canggih jadi tak tau macam mana nak handle dengan pantas:(