Sekarang belum masanya bercakap tentang itu. Kerana hal itu hanyalah apa yang di angan-angan kan. Kerana masih banyak benda yang perlu dirangcang dan difikirkan.
Sekarang bukan lah masanya bercakap tentang itu, takut nanti terabai pula cita-cita dan impian mahu berbakti kepada ibu dan ayah serta adik-adik dahulu.
Mungkin selepas belajar pun belum masanya bercakap tentang hal itu, kerana asyik dalam pelukan & keagungan cinta yang Agung. Mabukkan pahala dari Nya, mahukan redha dan berkatNya sebelum berjumpa kekasih-kekasih di jannahNya.
Sekarang adalah masanya untuk aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target Muslimah sejati. Soleh wa musleh. Kerana mana mungkin si dia yang soleh mahu perempuan selebet seperti ini untuk membina rumah tangga idaman hati.
Oleh itu, jangan persoalkan lagi hal yang sama. Kerana sekarang bukanlah masanya untuk bercakap tentang hal itu.
3 comments:
dah ada org meminang ka?ehem! ;)
suatu rahsia itu hanya menjadi indah bila ia kekal menjadi rahsia hingga masa membuka hijabnya.same goes to jodoh yeay! ;)
kerana jodoh adalah rahsia Tuhan,ayuh kita pelihara kesuciannya.semoga segala yg kurang dapat kita perbaiki.
and this one too!
Yeah! Skrg bukan masanya lagi. Aku setuju.
Post a Comment