Sunday, October 11, 2009

Buat yang kurindu.

Yang kurindu,
Akhlak mereka aku cemburui.
Kata-kata mereka menenangkan.
Sungguh rindu ini aman dan nyaman.
Oh, aku rindu. Kamu juga kah?

Mari berjumpa lagi tidak di sini,
di sana, insyaAllah.

Selamat berjuang sahabat-sahabatku.

Thursday, September 17, 2009

Ramadhan, basikal 2nd hand dan raya.

Hari kelima Ramadhan aku sambut dengan membeli sebuah basikal berkuasa rendah 10 gear nzd50 di Green Bike kat dalam uni. Bersama-sama Kak Husna yang membakar-bakar semangatnya walaupun mula-mula aku kata "saya teman akak je tau" tapi serius itu cinta pandang pertama. Aku ambik, test jalan-jalan kejap dan bayar. Beli kunci terus takut hilang kena curi. Lepas tu tumpang Kak Zu pergi town beli helmet. Petang tu jugak terus memecut ke surau dan Kairanga, even dekat pun nak jugak naik basikal. Demi Allah, seronok jiddan! Sekarang, senang je nak kemana-mana, ada basikal. Haritu kena marah dengan cleaner sebab pergi College St naik basikal, hari pulak windy. Sampai-sampai je rumah Kak Nina kat College St. habis berpeluh sebab penat melawan rintangan angin yang sangat padu. Maklumlah, NZ kan..


Disebabkan aku tak join official salam perantauan dari kawan-kawan kat sini, jadi:

Selamat menyambut hari kemenangan untuk umat Islam semua. Kepada mak, ayah, umi, mama, kakak-kakak dan adek-adek, kena happy je tau and senyumm selalu okay :)
Cikgu-cikgu dan kawan-kawan yang berada di serata dunia, Selamat Hari Raya. May Allah bless us all, ameen :)

Lagi satu, selamat berspring yang di OZ & NZ! Yang kat Welly apa kata korang turun Palmy untuk Sakura Festival? ;)

Tuesday, September 8, 2009

Kanak-kanak & kegemaran mereka.

Duduk di Palmy yang penuh dengan seniors postgrad lebih dari undergrad menyebabkan aku dikelilingi oleh anak-anak kecil. Ahad pula menjadi cikgu Iqra' membolehkan aku bergaul dengan kanak-kanak international yang lagi keletah dan open.

'Sister, look!'

Dhoha buat mata juling.

'Kak Faiyuz, look at me!'

Farah menari-nari atas sejadah. Penat marah dan ugut cakap bontot bisul kalau suka main atas sejadah. Tapi dia degil jugak. Ces. Tak makan saman.

'Look!'

Najmi pelat-pelat panggil aku. Selepas dipandang, dia menari ballet sambil menyebut nama Dora dan Diego. Aku pon tunjukkan kehebatan aku menari ballet 3pusingan dengan berdiri guna ibu jari. Hehe.

Afrina pulak ajak tengok Youtube Hannah Montana Sitcom. Baru aku tau Hannah Montana dan Miley Cyrus orang yang sama. Haha. Tertipu jugak aku dengan lakonan dia.

Ashraf dan Afiq ajak main wrestling. Ni yang paling best tapi berisiko tinggi. Selamba je dieorang tumbuk, pijak-pijak belakang aku, aku yang kuat tanpa mengalah pon belasah dieorang balik cukup-cukup walaupon aku tau aku pasti akan kalah.

Tapi tadi iftar di Masjid Massey, masa tunggu nasi dihidangkan, aku tadarrus sekejap. Tiba-tiba, ada seseorang kuis bahu aku. Aku pandang. Seorang budak bertelekung memegang Quran. Aku yakin dia seorang Pakistani.

'You want to read Quran in front of me?'

Dia mengangguk.

' What page you want to read?'

'I think this page,' sambil tunjuk Surah Tin.

'Where do you learn reading Quran?'

'I always go to Sister Sal's house at 330 after school.'

Dia pon membaca Surah Tin depan aku dengan lancar. Salah dua tempat je. Aku kagum. Lupa nak tanya nama dia, tiba-tiba nasi briyani Pakistani dah sampai. Makan time!

Di Malaysia, media sibuk buat rancangan itu, rancangan ini untuk jadikan budak-budak artis dan penyanyi. Harap-harapnya satu masa nanti akan lahir budak-budak yang hobinya: Saya suka baca Quran. Ameen :)

Tadi ada seorang brother bagi aku notes ni. Aku yang mintak supaya dapat distributekan to kawan-kawan kat sini. Siapa-siapa yang berminat, ambiklah okay. BTW, jzkk Afnan.



Selamat membaca Quran dengan tajwid yang betul kawan-kawan :)

Saturday, August 1, 2009

Wah wah.

Wah wah.. Semua orang masih tersenyum kerana kedatangan pertolongan berbentuk kewangan dari Malaysia. Aku juga termasuk dalam golongan yang tersenyum lebar dua tiga hari lepas. Alhamdulillah banyak yang dapat disettlekan dengan wang scholar yang Mara hulurkan.

Tapi kawan-kawan, beringatlah, sungguh yang duit itu salah satu penggongcang aqidah kita. Jangan kita jadi hamba kepada duit padahal duit itu ibarat air sungai yang mengalir deras sangat. Jangan sampai dalam solat kita fikir apa yang perlu aku buat dengan duit, bayar, beli itu,ini sedangkan kita berhadapan dengan Dia, Maha Pemberi Segala Rezeki.

Kak Wani kata tadi, jangan kita ambil neraca yang lain selain satu-satunya neraca Allah iaitu Neraca Taqwa.

[15]Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
[16](Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
[17]Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18]Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
[19]Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
[20]Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
[21]Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? Az-Zariyat;51.

Dalam ayat ni Allah berfirman, pada harta kita, kita bahagikan part untuk orang miskin. Jadi mari kita muhasabah diri kita, dalam harta kita, dalam duit Mara,JPA,MOE,dll yang kita dapat bulan-bulan (InsyaAllah) ada tak kita bahagikan sedikit part untuk bersedekah dan berinfak lalu kita dapat masuk dalam golongan yang bertaqwa, lalu dapat masuk syurga. Seronoknya!

Jangan pula kita jadi yang begini:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." Al-Munafiqun;63:10.

Na'uzubillahi min zaliq..

Kesimpulannya, Allah memberi kita ujian kebaikkan yakni harta yang kita peroleh jangan pula menambahkan lagi rasa kikir dalam diri kita;

(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. Muhammad;47:38.

Dan jangan pula kita boros;

[26]Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.[27]Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. Al-Israa';17.

Betapa Allah dah bagi guide kat kita macam mana nak uruskan duit dengan lebih baik. Macam mana nak dapat lebih di akhirat walaupun ada sedikit kekurangan di dunia yang mana, dalam diam-diam, dalam sedar tak sedar, Allah bagi rezeki dari arah dan bentuk yang tak disangka-sangka. InsyaAllah.

Moga kita jadi lebih baik, soleh dan solehah yeah!

P/S: Cuti Spring dah nak dekat. Ciri Muslim yang sejati -Munyusun perancangannya dengan teratur. Mari plan agenda penuhi cuti Spring!

Sunday, July 26, 2009

Ilmu itu best!


Malasnya nak pegi lecture. Malasnya nak baca buku. Malasnya nak recap apa yang aku belajar tadi. Tutorial tak wajib, tak payah pegi pon takpe ni. Assignments ni tak payah hantar, tak payahlah susah-susah aku nak buat..

Kadang-kadang hal-hal macam ni selalu bermain dalam benak aku tambah-tambah bila pagi-pagi yang mana perasaan mengantuk itu dirasa lebih priority.

Muslim yang sejati takkan berdialog seperti di atas. Muslim yang sejati itu kan nakkan ilmu pengetahuan yang luas merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Muslim yang sejati itukan menguruskan urusan-urusannya dengan baik dan Muslim yang sejati itu menguruskan masa dengan bijak sebijak-bijaknya. Usrah petang semalam kami belajar tentang 10 Fair Dinkum Muslim - 10 Ciri-ciri Muslim Sejati karangan Imam Hassan Al-Banna.

Dalam satu majlis ilmu yang lain, aku diberitahu bahawa ilmu itu sifatnya didatangi. Ilmu takkan simply datang kepada kita tanpa kita berusaha ke arahnya.

Dalam usrah malam tadi, kami bukak Quran 58:11, cadangan Ain:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Banyak lagi ayat-ayat dalam Quran dan Hadith yang menyatakan kepentingan ilmu.

1. "Apabila engkau melewati taman-taman surga, minumlah hingga puas. Para sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan taman-taman surga itu?' Rasulullah menjawab, `Majlis-majlis ta'lim'." (H.R. Ath-Thabrani).

2. "Sedikit ilmu (fiqih) lebih baik daripada banyak ibadah (sunnah). Cukup bagi seseorang ilmunya bila dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik); dan cukup bodoh bila seseorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri". (H.R. Ath-Thabrani).

3. "Orang yang paling pedih siksaannya pada hari kiamat ialah seseorang `alim yang Allah menjadikan ilmunya tidak bermanfaat". (H.R. Al Baihaqi).

Jadi apa lagi kawan-kawan, marilah pergi ke kelas dengan Bismillah dan senyuman :)

Thursday, July 16, 2009

Ayah kata..

Ayah selalu kata: Money is just a piece of paper.

Ayah selalu didik; kita kena jadi tangan yang di atas, bukan tangan yang di bawah. Jadi, ayah bagi duit banyak-banyak pada kami supaya kami belajar bagi kepada tok, adek-adek sepupu, makcik-makcik dan pakcik-pakcik saudara.

Ayah jugak menderma di depan kami supaya kami belajar dari dia.

Walapun ayah mungkin tidak tahu ini:

1.) Allah berkata dalam Al-Baqarah ayat 215 : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

2.) Dan ini; Nabi bersabda diriwayatkan oleh Imam Muslim : Sebaik-baik sedekah adalah apa yang lebih dari keperluan. Tangan di atas (pemberi) itu lebih baik dari tangan dibawah (penerima). Mulailah dengan orang yang menjadi tanggunganmu.

Dan Ayah kata lagi: Hidup kita bukan hanya untuk kita, hidup kita untuk orang lain juga.

Walapun kena pow banyak kali, ayah tetap tak berkesah kerana ayah kata lagi: Duit ayah kalau tak bagi kat anak-anak, nak bagi kat siapa lagi..

Susahnya nak punya hati seperti ayah.. Kan anak-anak?


Sunday, July 12, 2009

Kisah kehilangan.

Kehilangan dia yang kusayang amat dirasakan. Meja terasa sepi. Bilik terasa gelap. Hidup terasa sunyi dan bosan. Tapi ayah pernah mengingatkan betul-betul selepas kejadian kehilangan berlaku yang "Nothing's permenant with us."

Jadi, aku mula mengajar hati menjadi tabah dan redha di atas kehilangannya. Allah jadikan sesuatu pasti, pasti bersebab dan hanya yang kuat mampu menerima ujian dariNya. Semakin hari aku jadikan diri semakin bersyukur atas kehilangannya, menjadi semakin positif kerana ketiadaannya. 6 bulan bukanlah masa yang panjang untuk merasa puas bersamanya, dan 6 bulan sudah cukup untuk menzahirkan rasa sayang dan cinta kepada dia. Tapi aku tahu, Tuhan tahu kenapa Tuhan buat begini padaku. Aku tahu Dia adil sangat-sangat.

Hari kehilangan itu, aku terkedu, zikir jadi penguat hati dan jiwa. Minta kepada Sumber Segala Kekuatan supaya jangan menangis, jangan terkenang, menerima yang terjadi itu lebih baik dari merunguti apa yang telah berlaku.

Terima kasih Allah kerana memberikan aku kesabaran yang tak pernah aku tergambarkan. Terima kasih kerana kekuatan dan keredhaan yang aku nanti-nantikan selama ini. Aku tahu aku tak sekuat mana tanpa Engkau di sisi.

Kepada siapa-siapa yang berkenaan, maaf kerana lama sudah tidak menghubungi, lama sudah tidak bersua muka dalam Skype, lama sudah tidak bertanya kabar dan bertukar suara rindu kerana medium semua itu sudah pergi meninggalkan ku dan insyaAllah akan kuganti dengan yang baru suatu masa yang hanya Dia tahu..