Showing posts with label muhasabah.. Show all posts
Showing posts with label muhasabah.. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Terima kasih Ayah!

Di pagi Jumaat yang diberkahi, hari dimana Nabi Adam A.S diciptakan, di mana Jumaat digelar Saiyidul Ayyam - penghulu segala hari, marilah kita bersujud syukur, memanjat setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat nya. Bukan hanya kerana sepinggan sarapan pagi tetapi kerana segala nikmat - nikmat sekecil-kecilnya seperti dibangunkan oleh Allah pada pagi ini sehingga nikmat sebesar-besar nikmat iaitu Iman dan Islam, Alhamdulillah ya Rabb, Alhamdulillah.. 


Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. 34:13.


Ucaplah syukur, bertahmid memuji nya sedangkan rumput yang kita pijak dan batu yang dilanggar yang kita marahi, mereka tidak putus-putus bertahmid memuji Allah. Tidak malukah kita? Masukkanlah diri kita diantara hambaNya yang sedikit yang mengucapkan syukur kepada Allah, Alhamdulillah..


Di pagi penuh barakah ini, Allah layangkan ingatan ke Malaysia, pada seseorang yang sangat dekat di hati dan tentunya di dalam doa - seorang dan hanya seorang Ayah. Syukurnya diri ini pada Allah memberikan kami  Ayah yang sangat penyayang dan penyabar. Alhamdulillah.. 




Kami di Christchurch April 2012

Umar Al-Khattab pernah berkata, tanggungjawab seorang Ayah ialah memilih ibu yang baik untuk anak-anaknya, memberikan nama yang baik serta mengajar membaca Al-Quran kepada anak-anak. 


Ayah,


Terima kasih Ayah, memilih kepada kami 3 orang ibu yang baik mereka tidak terkata, Emak Siti Hajar, Mama Normah dan Umi Che Kamilah.
Terima kasih Ayah, memberi namaku Fairuz - cahaya permata hijau, Hidayah - petunjuk, Aishah - nama Isteri Nabi s.a.w, Maisarah - kegembiraan, Iqbal - kejayaan, Zahirah - semangat, Adibah - sopan santun dan Ashraf - luhur.
Terima kasih Ayah, berusaha melengkapkan pendidikan kami dari tadika hingga ke universiti.


Terima kasih untuk ketiga-tiga perkara, lengkaplah tanggungjawab Ayah kepada kami dalam kepayahan dan tentunya diiring dengan sejuta satu pengorbanan. Dan,

Terima kasih Ayah, membawa rezeki yang halal untuk kami dari dulu hingga kini.
Terima kasih Ayah, mengajar kami mengucapkan 'I love you' sesama adik-beradik dan saudara-mara tanda penghargaan dan menunjukkan kasih sayang pada mereka sebelum terlambat.
Terima kasih Ayah, mengingatkan kami bahawa semua yang diberi adalah pinjaman semata-mata dari Allah.
Terima kasih Ayah, mengajar kami motto hidup kita: 'hidup adalah untuk orang lain', jadi kami lebih memberi dari menerima.
Terima kasih Ayah, tidak putus-putus menjaga kebajikkan kami dari segi kesihatan dan keperluan yang lain.
Terima kasih Ayah, mencorakkan kami dengan acuan Islam, berasa ihsan dengan manusia.


Dari benih yang baik, terbinalah generasi yang baik, Alhamdulillah.. Siapa lah kami tanpa Ayah. Terima kasih Ayah! :')

Terbaca buku SaifulIslam - Bercinta Sampai ke Syurga minggu lepas memberi tamparan hebat di mana beliau berkata:


Anak-anak beruntung memilik Ibu dan Ayah tetapi 
Ibu dan Ayah belum tentu beruntung memiliki anak-anak. 

Ya Allah, jadikanlah kami aset kepada Mak Ayah Mama Umi dan seluruh keluarga kami menuju syurga kelak, ameen! Jauhkanlah kami dari derhaka kepada mereka, sungguh cinta mereka datang tanpa syarat, tetapi kami? Na'uzubillahi min zaliq.

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. At-Tur:21.

Moga Allah berikan kegembiraan yang berpanjangan pada Ayah - di dunia dan akhirat. Eyush sayang Ayah!

Tuesday, April 27, 2010

Berubah. Mahu?


....


Tetapi barang siapa yang bersabar & memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yg mulia [42:43]


Saya mahu berlapang dada, punyai himmah yang tinggi dan tidak akan pernah futur. Saya sayang Rasulullah jadi saya mahu jadi seperti baginda. Cool je walau apapun yang terjadi.

Jadi, sahabat-sahabat, supportlah, remindlah each other. Kerana :

Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat [49:10]

Dan;

Dan, tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin [51:55]

Saya mahu jadi tabah seperti Muhajirin dan berlapang dada dan ithar seperti Ansar. Saya mahu jadi kuat seperti Ahlul Badr. Kerana saya mahu sangat masuk Firdaus yang harganya bukan la rendah. Yang harganya bukanlah boleh dibayar dengan apa-apa pun yang ada di bumi dan seisinya. Saya mahu berubah, mahu banyak beramal.

Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang terbaik amalannya (ikhlas dan tepat). Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun [67:02]

Kalau begitulah, apa kata jikalau kita berlumba? ;)

Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikkan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu [02:148]

Kenapa nak rushing pulak kalau nak berubah? Kita kan muda lagi, enjoy la dulu. Tapi, Allah kata:

Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun [07:34]

.. "Bilakah (Kiamat) akan terjadi?" Katakanlah, "Barangkali waktunya sudah dekat" [17:51]

Berubah sorang-sorang jelah. Kenapa perlu kecoh-kecoh?

Sekali lagi;

Dan, tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin [51:55]

Demi Masa. Sungguh manusia kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikkan seta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran [103:1-3]

Dan kerana saya sayang kalian! :)

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.


Ayuh! Shift your paradigm!




Thursday, July 16, 2009

Ayah kata..

Ayah selalu kata: Money is just a piece of paper.

Ayah selalu didik; kita kena jadi tangan yang di atas, bukan tangan yang di bawah. Jadi, ayah bagi duit banyak-banyak pada kami supaya kami belajar bagi kepada tok, adek-adek sepupu, makcik-makcik dan pakcik-pakcik saudara.

Ayah jugak menderma di depan kami supaya kami belajar dari dia.

Walapun ayah mungkin tidak tahu ini:

1.) Allah berkata dalam Al-Baqarah ayat 215 : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

2.) Dan ini; Nabi bersabda diriwayatkan oleh Imam Muslim : Sebaik-baik sedekah adalah apa yang lebih dari keperluan. Tangan di atas (pemberi) itu lebih baik dari tangan dibawah (penerima). Mulailah dengan orang yang menjadi tanggunganmu.

Dan Ayah kata lagi: Hidup kita bukan hanya untuk kita, hidup kita untuk orang lain juga.

Walapun kena pow banyak kali, ayah tetap tak berkesah kerana ayah kata lagi: Duit ayah kalau tak bagi kat anak-anak, nak bagi kat siapa lagi..

Susahnya nak punya hati seperti ayah.. Kan anak-anak?


Sunday, July 12, 2009

Kisah kehilangan.

Kehilangan dia yang kusayang amat dirasakan. Meja terasa sepi. Bilik terasa gelap. Hidup terasa sunyi dan bosan. Tapi ayah pernah mengingatkan betul-betul selepas kejadian kehilangan berlaku yang "Nothing's permenant with us."

Jadi, aku mula mengajar hati menjadi tabah dan redha di atas kehilangannya. Allah jadikan sesuatu pasti, pasti bersebab dan hanya yang kuat mampu menerima ujian dariNya. Semakin hari aku jadikan diri semakin bersyukur atas kehilangannya, menjadi semakin positif kerana ketiadaannya. 6 bulan bukanlah masa yang panjang untuk merasa puas bersamanya, dan 6 bulan sudah cukup untuk menzahirkan rasa sayang dan cinta kepada dia. Tapi aku tahu, Tuhan tahu kenapa Tuhan buat begini padaku. Aku tahu Dia adil sangat-sangat.

Hari kehilangan itu, aku terkedu, zikir jadi penguat hati dan jiwa. Minta kepada Sumber Segala Kekuatan supaya jangan menangis, jangan terkenang, menerima yang terjadi itu lebih baik dari merunguti apa yang telah berlaku.

Terima kasih Allah kerana memberikan aku kesabaran yang tak pernah aku tergambarkan. Terima kasih kerana kekuatan dan keredhaan yang aku nanti-nantikan selama ini. Aku tahu aku tak sekuat mana tanpa Engkau di sisi.

Kepada siapa-siapa yang berkenaan, maaf kerana lama sudah tidak menghubungi, lama sudah tidak bersua muka dalam Skype, lama sudah tidak bertanya kabar dan bertukar suara rindu kerana medium semua itu sudah pergi meninggalkan ku dan insyaAllah akan kuganti dengan yang baru suatu masa yang hanya Dia tahu..

Saturday, April 4, 2009

Aku kalah.

Aku kalah lawan perasaan lagi. Mereka terlalu dekat pada hati aku, terlalu. Aku ingat aku kuat. Aku ingat rindu itu boleh dikawal. Aku ingat rindu itu datang sekali-sekala. Tapi bila hati terlalu dekat pada wajah-wajah mereka, rindu itu seperti tidak akan pernah padam. Serius, aku rindu. Pagi tadi ayah hantar gambar-gambar ayah di Edinburgh kat aku dah aku kalah lagi. Aku benci bila kalah pada perasaan yang lemah. Aku mahu kuat. Bila rindu pada mereka, aku sedar yang sayang aku pada mereka, bukan sekadar on the surface tapi di bawah dasar yang betul-betul dasar, itu yang positif. Aku tak mahu balik summer. Rindu, jangan lah sampai kau membawa aku pulang summer nanti please! Aku rindu sangat-sangat tapi aku tak down. Aku harus kuat demi Allah, Islam, ayah dan mak.

"Oh Tuhanku, kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintaMu, aku lemah, aku jahil
tanpa pimpinan dariMu." Tuhanku- Raihan.


Aku rindu segalanya tentang mereka berdua. Fairuz, kuat, kuat.

Ayah kat Edin. Comel sangat ayah!



Ayah, mak, miss you two soooooooo much! Fillah, insyaAllah :)

Sunday, February 1, 2009

Ada tiada kerja.

Semalam aku beli Berita Harian gara-gara semangat tengok gambar dan berita di muka hadapan akhbar itu. Padan muka kau Peres. Terkejut kena marah dengan Erdogan di hadapan khalayak ramai. Tapi lagi-lagi padan muka aku bila terkejut beruk tengok tajuk ini '1Juta bakal hilang pekerjaan.' Lagi, yang aku tak lah terkejut sangat - '50ribu terlibat Skim Cepat Kaya'. Pulak, 6000 kedai dan 2000 orang baru saja terkesan akibat penutupan Syarikat Intel di Pulau Pinang, Malaysia termasuk Filipina Rabu lalu.

Malaysia memang amat-amat merasai kegawatan ekonomi. Semalam kakak aku yang bekerja dengan Petronas cerita yang kawan-kawan dia yang baru lepas grad kat UTP tak dilayan oleh pihak Petronas sendiri. Ditinggalkan terkapai-kapai. Call tak diangkat, yang dah di interview tidak dapat apa-apa respon lagi. Freeze. Itu mungkin tindakan yang mereka ambil gara-gara recession kali ini.

Chat dengan kakak aku semalam yang berada nun di Scotland. InsyaAllah akan grad Jun nnt. Aku cakap kat sini (Malaysia) dah susah nak cari kerja, kenapa tak kerja kat sana je? Dia kata susah. Persaingan sangat-sangat tinggi. Tambah-tambah kita foreigners. Cita-cita aku kononnya nak bekerja di perantauan nampaknya semakin tipis:(

Jumpa pulak Cikgu Azmi hari tu.

"Cikgu, saya ambil course Nanotechnology tau."

"Oh ye? Tapi ada ke kerja? Tak silap saya, kat Malaysia ni takde lagi pekerjaan nanotechnologist."


Waaaaaaaaaaaaaaaaaa:((

Tapi tapi, kita jangan lupa ini:
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata." ( Hud : 6 )
Rajin-rajinlah kita berdoa. Usaha itu mesti diiringi/disertakan dengan doa. Sesungguhnya Allah itu kan Maha Pemberi Rezeki, Maha Kaya. Dan Maha Sweet sangat di mana Dia hanya akan dan telah mesti memberi yang terbaik pada hamba-hambaNya. Kannn?
"Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Fatir : 2)
Mahu lebih? Sini ya.