Showing posts with label student life.. Show all posts
Showing posts with label student life.. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

Ilmu itu best!


Malasnya nak pegi lecture. Malasnya nak baca buku. Malasnya nak recap apa yang aku belajar tadi. Tutorial tak wajib, tak payah pegi pon takpe ni. Assignments ni tak payah hantar, tak payahlah susah-susah aku nak buat..

Kadang-kadang hal-hal macam ni selalu bermain dalam benak aku tambah-tambah bila pagi-pagi yang mana perasaan mengantuk itu dirasa lebih priority.

Muslim yang sejati takkan berdialog seperti di atas. Muslim yang sejati itu kan nakkan ilmu pengetahuan yang luas merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Muslim yang sejati itukan menguruskan urusan-urusannya dengan baik dan Muslim yang sejati itu menguruskan masa dengan bijak sebijak-bijaknya. Usrah petang semalam kami belajar tentang 10 Fair Dinkum Muslim - 10 Ciri-ciri Muslim Sejati karangan Imam Hassan Al-Banna.

Dalam satu majlis ilmu yang lain, aku diberitahu bahawa ilmu itu sifatnya didatangi. Ilmu takkan simply datang kepada kita tanpa kita berusaha ke arahnya.

Dalam usrah malam tadi, kami bukak Quran 58:11, cadangan Ain:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Banyak lagi ayat-ayat dalam Quran dan Hadith yang menyatakan kepentingan ilmu.

1. "Apabila engkau melewati taman-taman surga, minumlah hingga puas. Para sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan taman-taman surga itu?' Rasulullah menjawab, `Majlis-majlis ta'lim'." (H.R. Ath-Thabrani).

2. "Sedikit ilmu (fiqih) lebih baik daripada banyak ibadah (sunnah). Cukup bagi seseorang ilmunya bila dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik); dan cukup bodoh bila seseorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri". (H.R. Ath-Thabrani).

3. "Orang yang paling pedih siksaannya pada hari kiamat ialah seseorang `alim yang Allah menjadikan ilmunya tidak bermanfaat". (H.R. Al Baihaqi).

Jadi apa lagi kawan-kawan, marilah pergi ke kelas dengan Bismillah dan senyuman :)

Tuesday, April 7, 2009

KMS dan titration.

Aku masih ingat lagi betapa aku membenci titration. Meluat aku buat experiment titration tiap-tiap minggu di KMS dulu. Setiap minggu masa Lab Chem takde benda lain, asyik-asyik titration.

http://www.sciencebuddies.org/mentoring/project_ideas/Chem_img030.jpg

Tapi hari ini aku bersyukur, bersyukur yang teramat sangat kerana titration lah membuat aku tersenyum bangga di hadapan Lab Instructor, Adrian Jull (muka macam House M.D;) tadi. Aku buat semua sorang-sorang. Biasalah takde kawan lagi. Tapi seronok sebab takde orang kacau kerja aku:P

Seronok lab harini. Sangat seronok. Semua nya berjalan smoothly. Dan imbasan kenangan membuat eksperimen bersama kelas 7.4 datang menggamit hati yang kerinduan. Moga mereka semua berada di bawah lembayung rahmatNya, ameen Ya Allah, ameen..

Sungguh, Allah memudahkan banyak urusan. Alhamdulillah. Moga kita sentiasa bersabar dan bersyukur dengan ujian dan nikmatNya.

Allah, sejauh mana cintaku padaMu takkan setanding cintaMu padaku. Alhamdulillah and Thanks ya Allah atas nikmat kegembiraan pada hari ini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah !

P/s: Rasa macam nak jadi chemist la pulak :D

Friday, February 27, 2009

Gambar-gambar.

Alhamdulillah hampir seminggu aku dah duduk kat NZ ni. Selama itulah aku selalu terfikir, kenapa aku tak further study in Malaysia je sebab selesa, tak sejuk sangat and tak payah nak adaptkan diri dengan budaya kat sini, tak payah berbelit-belit lidah nak cakap English. Tapi tadi aku dah jatuh hati dengan NZ. Sebabnya??


Cantik!


Cendawan. Natures' beauty. Subhanallah.







Kat sini ada banyak gila padang rugbi. Melata.


30 minit sebelum gambar-gambar di atas disnap, aku petik apple.
Belakang tu adalah pokok epal.


Start memanjat.


Petik sikit je. Tangan kecik katakan ;P

Lepas tu aku ke sungai belakang hall.

Mula-mula snap dari jauh je.



Lepas tu, datang lepak dekat-dekat.


Makin dekat, sentuh-sentuh air.



Masuk dalam. Sejukk!


Lepas tu aku tgk orang main rugbi. Dari jauh lah.

Perempuan pun ada yang main! Wow!


Lastly, pulang ke bilik.
Buku Bio kat atas tu. Jangan pelik. Course aku memang kena ambil Bio:(

Dah pakai heater walaupun tengah summer. Sejukk woo.


Pemandangan dari tingkap.


Itik NZ yang suka ketuk tingkap aku, mintak makanan.


Hari ini, hari yang sangat seronok okayyy! Walaupun assignments dah berlambak:D


P/s: Fall dah nak dekat. Daun-daun semua pon nak tukar ke warna keperang-perangan. Welcome autumn! It'll be a spring in my heart:D

Wednesday, February 18, 2009

Sekian lama.

Sekian minit tertanya-tanya.
Sekian detik aku mencoba.
Akhirnya pagi tadi dapat juga.
Satu panggilan bermakna.
Sudah tentu dari dia.
Si Encik Mara.


Packing dah siap 99%, Alhamdulillah:D
Esok dapat duit, Alhamdulillah.
Sedang berkira-kira apa lagi yang perlu dibeli.
Apa lagi, apa lagi ya?

Sunday, February 8, 2009

Sedih.

Asmak, Naima, Teha, Mus, Izyan dah berpijak di atas bumi Aussie. Selepas ini, Lost, Nazir dan Naim pula menyambung perjuangan ke sana. Mereka semua dah tau tarikh.
Tapi AKU?? Aku, Nadly dan Ain??
MARA kata hari Selasa baru tau bila tarikh keramat itu. Hari Selasa? Hari Ahad berikutnya perlu mendaftar. Aku tension dan tak paham.
Kondusi: DOWN. Berfikir, perlukah packing barang-barang sekarang?