Wednesday, February 25, 2009

Refluks.

Semalam ada experiment Chem yang nampak je mudah tapi susah gila bagi aku. Dahlah tercampak sorang-sorang yang Ain juga entah tercampak ke lab mana-mana. Tiba-tiba semua orang dah bergerak and buat experiment. Sangat cepat. Mereka mengset up reflux apparatus dan memulakannya dengan sangat pantas. Aku pula berdiri membatu sambil mata aku melilau-lilau melihat apa yang aku perlu aku lakukan. Haih. Memang sekolah-sekolah kat Malaysia kena ajar semua students macam mana nak buat refluks! Kalau setakat tahu secara teori saja memang tak cukup.

BTW, semua lecturer pon ada masalah nak pronounce nama aku kat sini. Tapi, that's fine. Mungkin dengan itu mereka akan ingat lebih sikit pasal aku? ;P

Alhamdulillah, TC dah boleh masukkan dalam account. Accomodation fees dan semua fees akan dibayar ASAP!

Alhamdulillah, Allah itu sangat sweet kan? Sujud syukur jommm!

Monday, February 23, 2009

Masalah pertama saya disini.

Mula nya begini.

Aku ke Nationanl NZ Bank. Mahu bukak account dan langsaikan accomodation fees, buku dan segala. Aku rasa dah tak larat sangat pegang 11keping Traveller's Cheques itu. Lalu beratur dan bertanya itu ini. Menyusun appoinment dan datang pada waktunya. Setelah selesai urusan membuat buku akaun, mahu pula masukkan segala nilai dalam TC itu ke dalam bank tetapi..

" SIGN ATAS TC TAK SAMA DENGAN SIGN DALAM PASSPORT!!"

Berkejar-kejar ke International Student Support. Disuruh ke National Bank yang lebih besar dan punya manager yang mungkin akan bertanggungjawab atas kes aku ini. Jadi, bergegas ke sana bersama Ain dan Nadly yang baik hati. Sampai saja di depan pintu jam menunjukkan pukul 4.45pm. Lambat 15min. Bank tutup. Try lagi esok, insyaAllah.

Ya. Jangan lupa, bagitau Kak Norulhuda, akak Mara.

Doakan aku untuk esok ya. Banyak lagi yang perlu dilangsaikan dengan wang itu. Moga-moga Allah menunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu kan?

Pengajaran: Jangan suka-suka hati tukar sign!

Sunday, February 22, 2009

Sudah sampai :D

Assalammualaikum.

Kami sudah sampai. Setelah berada di dalam kapal terbang selama 12 - 13 jam dan transit selama 1-2 jam. Setelah cramp duduk dalam 2 kapal terbang. Dalam kapal terbang Nadly dihujani soalan-soalan yang agak tak logik dari kami tapi dia tetap menjawab dengan tenang dan sabar, seperti biasa.

Tangisan dalam kerinduan adalah sikit-sikit mengalir. Tetapi itulah namanya pengorbanan kan.

Tadi pergi shopping, barang-barang agak mahal. Kenalah beli sikit-sikit tapi kena tipu juga:(

Camera pon dah dibeli dengan 200NZD. Kongsi dengan Ain. Jimat. Hehe. Ok lah. Bantai je 8MP.



Palmy sangat-sangat berangin. Rasa macam nak terbang dan sangat sejuk. Juga bandar yang sangat tenang. Nak jumpa Malaysian pon susah gila. Tapi buat masa ni semuanya okay. Bilik dan dapur pon cantik. Semuanya okay, Alhamdulillah :D

Esok masuk class, confirm blur. Alhamdulillah ada seniors yang menolong. Thanks Allah :)

Wednesday, February 18, 2009

Sekian lama.

Sekian minit tertanya-tanya.
Sekian detik aku mencoba.
Akhirnya pagi tadi dapat juga.
Satu panggilan bermakna.
Sudah tentu dari dia.
Si Encik Mara.


Packing dah siap 99%, Alhamdulillah:D
Esok dapat duit, Alhamdulillah.
Sedang berkira-kira apa lagi yang perlu dibeli.
Apa lagi, apa lagi ya?

Wednesday, February 11, 2009

Hadiah dari Mara.

Briefing - 13hb - Friday.
Expected flight date - 20hb - Friday.

Happy. Happy. Walaupun terpaksa ponteng o-week aku tetap happy:)

NZ, here I come :D

Monday, February 9, 2009

Sangat manis kan?

Hari tu kakak aku yang kat Scotland orderkan kek SR kat aku. Order online. Look at the words on it.
Ye. Sangat sweet yet sangat sedih. Dia akan balik bulan 6 nnt. Dan masa tu insyaAllah aku tiada.
Moga perpisahan di atas jalan Allah ini adalah perpisahan yang manis bangat:D
Arah, I appreciated this more than you expected.
Gonna miss you too, badly :(
and
THANKSSSSS A LOTTTT!

Sunday, February 8, 2009

Sedih.

Asmak, Naima, Teha, Mus, Izyan dah berpijak di atas bumi Aussie. Selepas ini, Lost, Nazir dan Naim pula menyambung perjuangan ke sana. Mereka semua dah tau tarikh.
Tapi AKU?? Aku, Nadly dan Ain??
MARA kata hari Selasa baru tau bila tarikh keramat itu. Hari Selasa? Hari Ahad berikutnya perlu mendaftar. Aku tension dan tak paham.
Kondusi: DOWN. Berfikir, perlukah packing barang-barang sekarang?