Thursday, July 16, 2009

Ayah kata..

Ayah selalu kata: Money is just a piece of paper.

Ayah selalu didik; kita kena jadi tangan yang di atas, bukan tangan yang di bawah. Jadi, ayah bagi duit banyak-banyak pada kami supaya kami belajar bagi kepada tok, adek-adek sepupu, makcik-makcik dan pakcik-pakcik saudara.

Ayah jugak menderma di depan kami supaya kami belajar dari dia.

Walapun ayah mungkin tidak tahu ini:

1.) Allah berkata dalam Al-Baqarah ayat 215 : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

2.) Dan ini; Nabi bersabda diriwayatkan oleh Imam Muslim : Sebaik-baik sedekah adalah apa yang lebih dari keperluan. Tangan di atas (pemberi) itu lebih baik dari tangan dibawah (penerima). Mulailah dengan orang yang menjadi tanggunganmu.

Dan Ayah kata lagi: Hidup kita bukan hanya untuk kita, hidup kita untuk orang lain juga.

Walapun kena pow banyak kali, ayah tetap tak berkesah kerana ayah kata lagi: Duit ayah kalau tak bagi kat anak-anak, nak bagi kat siapa lagi..

Susahnya nak punya hati seperti ayah.. Kan anak-anak?


Sunday, July 12, 2009

Kisah kehilangan.

Kehilangan dia yang kusayang amat dirasakan. Meja terasa sepi. Bilik terasa gelap. Hidup terasa sunyi dan bosan. Tapi ayah pernah mengingatkan betul-betul selepas kejadian kehilangan berlaku yang "Nothing's permenant with us."

Jadi, aku mula mengajar hati menjadi tabah dan redha di atas kehilangannya. Allah jadikan sesuatu pasti, pasti bersebab dan hanya yang kuat mampu menerima ujian dariNya. Semakin hari aku jadikan diri semakin bersyukur atas kehilangannya, menjadi semakin positif kerana ketiadaannya. 6 bulan bukanlah masa yang panjang untuk merasa puas bersamanya, dan 6 bulan sudah cukup untuk menzahirkan rasa sayang dan cinta kepada dia. Tapi aku tahu, Tuhan tahu kenapa Tuhan buat begini padaku. Aku tahu Dia adil sangat-sangat.

Hari kehilangan itu, aku terkedu, zikir jadi penguat hati dan jiwa. Minta kepada Sumber Segala Kekuatan supaya jangan menangis, jangan terkenang, menerima yang terjadi itu lebih baik dari merunguti apa yang telah berlaku.

Terima kasih Allah kerana memberikan aku kesabaran yang tak pernah aku tergambarkan. Terima kasih kerana kekuatan dan keredhaan yang aku nanti-nantikan selama ini. Aku tahu aku tak sekuat mana tanpa Engkau di sisi.

Kepada siapa-siapa yang berkenaan, maaf kerana lama sudah tidak menghubungi, lama sudah tidak bersua muka dalam Skype, lama sudah tidak bertanya kabar dan bertukar suara rindu kerana medium semua itu sudah pergi meninggalkan ku dan insyaAllah akan kuganti dengan yang baru suatu masa yang hanya Dia tahu..

Tuesday, June 23, 2009

Bersatulah.

Mama, Mak, Eyush, Umi and Akak.
Buckingham Palace.



Eyush, Mak & Arah.
Central Park Hotel
.


Tumi and I.
Thames River, Eye of London.

Friday, June 5, 2009

Perasaan dipagi hari - kawen.

Kawen itu,

Apabila bersedih, dibahagi dua duka itu.

Apabila bergembira, didarab dua bahagia itu.

Dan, jika x>best, maka, x=kawen.

Saturday, May 30, 2009

Permintaan hati.

Hai Si Winter Break, cepatlah kemari. Aku sudah tak sabar melarikan diri kerana kawan sendiri mengkhianati diri.

Hai Winter Break, cepatlah kesini supaya hati ini dapat dipulihkan kerana ia mula berdarah kembali.

Hai Winter Break, cepatlah kepadaku, agar hati-hati kami dapat bersatu seperti dulu.

Sungguh, aku tak sabar lagi. Untuk pergi jauh dari kamu.

P/s: Setuju enggak dengan quote dibawah?

Sunday, May 10, 2009

Don't leave me.

Semalam aku sangat happy. Pasar, masak ramai-ramai, makan ramai-ramaaaaiii juga, main badminton, jumpa Najmi si hensem itu, chat dengan emak, main bowling dan tiba-tiba, di pengakhiran hari aku, aku dapat tau ini : next year ialah tahun terakhir Najmi kat sini.

Ya Allah. Sedih, sedih, sedih.

Kesimpulannya, hari semalam berakhir dengan satu kesedihan dan aku tau aku harus berdepan dengan kenyataan yang perpisahan itu pasti. Dan aku tau penyejuk hatiku akan pergi jua satu hari nanti. Uh-oh, now I already miss you, how I will be when you're gone?




I am going to miss you very badly, my lil bro. Najmi, jadi anak soleh, okay?

Peliharalah dia ya Rabb, kerana dia kesayanganku.

Sangat sayang, sangat-sangat.







Sunday, May 3, 2009

They've made my weekend :)

Datang menziarahi bilik aku sambil makan stok coklat kesemuanya!
Batrisyia, Farah and Najlaa.
P/s: Yang tengah tu sangat gangster kan? sebenarnya nak buat peace tp tak jadi :))


Takkan pernah puas bila bersama si dia berbaju merah itu. Takkan pernah, uh-oh :)


Kak Hana, Kak Sharina and Hafezz (cameraman), thanks for the freezing cold trip :)

Alhamdulillah ya Allah. Dari-Mu datang segala kegembiraan ini, Alhamdulillah :D

Mulalah hari esok dengan satu semangat baru. Yosh!!